SRI Pahang FC sekadar merekodkan keputusan seri 1-1 menentang Selangor FC dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Temerloh, Temerloh, Pahang pada Sabtu.
Dalam perlawanan itu, Sean Selvaraj meletakkan Tok Gajah di depan pada minit ke-27 tetapi kesilapan Zarif Irfan Hashimuddin, yang terlepas bola tandukan Nikola Jambor, menyaksikan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1.
Ada yang melihat faktor kecederaan penjaga gol Sri Pahang itu menjadi punca gawangnya dibolosi namun dakwaan itu dinafikan Zarif Irfan dan beranggapan tersalah agakan susulan keadaan padang berlopak menjadi faktor Tok Gajah dibolosi.
BACA LAGI: Hanya seri di Temerloh, kesungguhan Selangor, Sri Pahang beraksi 'dalam bendang' pula jadi perhatian
BACA LAGI: 'Kalau dunia korporat, dah lama kena pecat', pakar bimbang Hamidin 'rosakkan' FAM jika terus kekal
Hujan lebat sebelum sepak mula bermula menyebabkan keadaan padang sedikit becak dan perkara tersebut dilihat mengganggu perancangan pasukan masing-masing untuk melakukan serangan.
Tangkap layar menunjukkan keadaan padang yang tidak mengizinkan ketika pertemuan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC.
"Mungkin sebab padang ada air, jadi agakan saya agak lari. Keadaan di depan gol agak padat dan apabila bola itu jatuh, mungkin ada lopak air di situ, jadi ia agak mengganggu.
"Mungkin jurulatih mahu menukar saya tetapi saya katakan saya okey. Jadi saya tidak tahu apa situasinya kerana ketika itu saya memang ada mengalami kekejangan di kedua-dua kaki.
"Mungkin kami perlu memperbaiki apa yang perlu dan apabila bermain di sana (Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya), kami tidak boleh bolos dan perlu menang," katanya memetik laporan Stadium Astro.
Selepas ini, skuad kendalian Fandi Ahmad akan berkunjung ke Petaling Jaya, Selangor bagi aksi kedua pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia pada 1 Disember depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram