[VIDEO] Sebelum Indonesia buat filem, Ryan Giggs lebih awal jadi 'Ipar Adalah Maut'


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Ryan Giggs merupakan legenda United selepas dia berkhidmat di kelab itu selama 24 tahun sejak 1990.

FILEM 'Ipar Adalah Maut' hasil karya negara jiran, Indonesia menjadi fenomena di Malaysia selepas orang ramai memberikan reaksi positif mengenai cerita yang diadaptasikan daripada kisah benar itu.

Judul ini memberi gambaran bahawa jalan cerita berkisar tentang konflik atau hubungan yang rumit antara watak-watak yang memiliki hubungan sebagai ipar.

Karya dari Hanung Bramantyo itu menceritakan hubungan terlarang yang berlaku antara adik ipar dan suami kakaknya sehingga berlakunya keretakan rumah tangga ahli keluarga sendiri.

BACA LAGI: 'Final Piala AFF perlu jadi sasaran utama', Irfan Bakti persoal mana striker tulen Harimau Malaya

BACA LAGI: [VIDEO] TMJ baik hati pinjamkan Syihan demi Malaysia, FAM wajar mohon 3 lagi bintang JDT demi trofi Piala AFF

Namun begitu, adakah anda tahu, legenda Manchester United, Ryan Giggs juga pernah melakukan hubungan terlarang bersama isteri kepada adik kandungnya iaitu Rhodri Giggs pada 2011.

Tindakan Ryan Giggs telah merosakan hubungannya bersama ahli keluarga tambahan lagi ayahnya, Danny Wilson mengakui malu mempunyai anak seperti legenda Manchester United itu.

"Dirinya sedikit pun tidak bangga dengan kejayaan Ryan Giggs menjadi pengurus Wales."

Apa yang telah dilakukan oleh Ryan Giggs sehingga dibenci oleh ahli keluarganya sendiri?

Ryan Giggs pernah menjalinkan hubungan sulit bersama adik iparnya, Natasha Lever selama lapan tahun dan skandal ini terbongkar pada 2011 selepas suami Natasha, Rhodri mendedahkan perkara itu kepada umum.

Menurut Rhodri, Ryan Giggs pernah menawarkan wang sejumlah £250,000 (RM1.41 juta) kepadanya agar menutup mulut daripada mendedahkan perkara berkenaan.

Hal ini kemudian bertambah panas selepas giliran Natasha juga mendedahkan yang Ryan Giggs pernah memberikannya £500 (RM2,831) untuk mengugurkan kandungannya.

Menurut Natasha, Ryan Giggs berkata kepadanya: "Lebih baik gugurkan kandungan sebelum Rhodri tahu."

Untuk rekod, hubungan Ryan Giggs dan Natasha terjalin pada 2003 di sebuah kelab malam, yang mana ketika itu, pemain United tersebut sudah bergelar suami kepada Stacey Cooke.

Natasha pula masih bujang, dan berkahwin dengan Rhodri dua minggu kemudian sebelum meneruskan hubungan terlarang itu selama lapan tahun sehingga terbongkar pada 2011.

Susulan pendedahan itu, satu persatu rahsia semakin terbongkar lagi-lagi melibatkan Natasha yang didakwa pernah menjadi teman tidur kepada bintang bola sepak lain seperti Dwight Yorke, Phill Barsley, dan Danny Simpson.

Isteri Ryan Giggs waktu itu sentiasa berada di sisi nya meskipun legenda United tersebut dikecam teruk oleh media.

Sehingga kini, Rhodri dipercayai masih mempunyai dendam kesumat dengan abangnya apabila pernah mengatakan kepada The Central Club Podcast: "Saya boleh saja nak jual cerita macam-macam untuk jatuhkan reputasi dia lagi. Tapi saya tak mahu. Saya bukan dendam ke apa, tapi saya nak dia berhati-hati."

Manakala Ryan Giggs pula reputasinya sebagai pengurus skuad nasional Wales semakin teruk sehingga dipecat pada 2022.

Bukan sahaja dipecat, Ryan Giggs juga terpalti dengan isu mencabul dua orang wanita dan kes itu telah dibicarakan di mahkamah pada tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram