AKTIVITI mendaki tebing batu atau lebih dikenali sebagai 'rock climbing' antara sukan yang semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan peminat sukan ekstrem di seluruh dunia.
Sukan berkenaan memerlukan kekuatan fizikal terutama di bahagian kaki dan tangan, selain kecergasan mental juga diperlukan bagi memastikan seseorang itu mampu mendaki hingga ke puncak.
Bagaimanapun, minat terhadap sukan ekstrim seseorang pendaki itu boleh diuji sekiranya mengalami insiden mengerikan seperti momen hampir kehilangan nyawa ketika mendaki tebing batu.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki acah pro tercampak dari ketinggian 50 kaki ketika lakukan aktiviti 'wall climbing'
BACA LAGI: Ronaldo tidak berbakat semulajadi seperti Messi, tegas bintang terbaik Manchester
Menerusi video tular di media sosial, menyaksikan seorang wanita berselisih maut selepas tangannya tidak berupaya untuk berpaut pada batu tebing yang didakinya.
Sebelum badannya hampir kehilangan keseimbangan dan tergelincir, seorang lelaki yang dipercayai rakan pendaki kepada wanita itu sempat bergegas untuk menyelamatkan mangsa daripada terjatuh.
Menerusi video tular berdurasi 17 saat menyaksikan lelaki berkenaan memanjangkan kakinya untuk memastikan wanita berkenaan dapat berpaut untuk meletakkan dirinya di tempat yang jauh lebih stabil.
Bagaimanapun, waktu dan tempat itu tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, menjengah respons warganet berhubung video berkenaan, rata-ratanya menarik nafas lega dengan tindakan lelaki tersebut. Tidak kurang juga ada yang menegur kelengkapan keselamatan dua pendaki itu.
Masakan tidak, seseorang pendaki yang mencuba mendaki tebing batu sepatutnya memerlukan kelengkapan khusus seperti abah-abah, tali keselamatan, kapur dan kasut khas yang memudahkan pendakian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram