TMJ beri bayangan bakal 'ubah' FAM?


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Tunku Ismail dijangka mengetuai skuad kebangsaan selepas diswastakan.

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberi bayangan bakal membuka era baharu Harimau Malaya.

Baginda sebelum ini dikaitkan untuk mengambil alih kepimpinan skuad kebangsaan sekaligus memacu lebih banyak kejayaan buat skuad negara.

Tunku Ismail dalam satu hantaran memberi bayangan sudah pun memiliki pelan lengkap susunan organisasi yang dijangka mengemudi skuad kebangsaan.

BACA LAGI: Safiq Rahim nyaris tumbuk pemain KL Rovers, ex Pahang kembali warnai kancah Piala Malaysia

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Indonesia buat filem, Ryan Giggs lebih awal jadi 'Ipar Adalah Maut'

Hantaran tersebut memaparkan carta organisasi termasuklah posisi seperti Penasihat Sukan, Pengarah Teknikal, Ketua Operasi, Ketua Jurulatih dan lain-lain.

Baginda sebelum ini telah pun bertemu dengan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir dan membincangkan beberapa perkara penting untuk mengangkat martabat bola sepak Asia Tenggara.

“Perbincangan tertumpu kepada adegan bola sepak di rantau ini terutamanya pembangunan bola sepak, pengurusan dan garis panduan kelab bola sepak untuk meningkatkan standard bola sepak di rantau ini khususnya di negara ASEAN.

FAM

Tangkap layar Insta story Tunku Ismail di Instagram.

Tunku Ismail bahkan memuji Eric Thohir kerana memberi kejayaan pasukan kebangsaan Indonesia dan menyatakan keyakinan bahawa bola sepak ASEAN masih mempunyai masa yang cerah.

Harimau Malaya bakal menempuhi dua ujian iaitu Piala ASEAN 2024 dan juga Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram