Belasah Machan FC 10-1, KL Rovers tarik diri bertemu JDT?


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Skuad Harimau Selatan akan bertemu KL Rovers dalam aksi pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

PASUKAN Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers berpotensi untuk menarik diri menjelang aksi pusingan 16 bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Unifi Piala Malaysia 2024.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X pada Isnin.

Difahamkan, keputusan drastik itu diambil susulan isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh pasukan Lembah Klang tersebut.

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

BACA LAGI: Hilang Arif Aiman dan Matthew Davis, 2 pinjaman JDT di TFC bakal jadi pengganti kuatkan Harimau Malaya

"Isu tunggakan gaji, pemain KL Rovers difahamkan enggan beraksi untuk perlawanan seterusnya. Kelab Liga A1 itu akan bertemu JDT untuk aksi pusingan 16 Piala Malaysia, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor Rabu ini," katanya.

KL Rovers antara tiga pasukan Liga A1 yang berjaya mencuri slot ke pusingan 16 Piala Malaysia dan dijadualkan bertemu Harimau Selatan pada Rabu (20 November).

Selain KL Rovers, pendahulu liga, Melaka FC dan PT Athletic FC turut membawa cabaran liga itu dalam kejohanan berprestij itu.

KL Rovers sebelum mengejutkan penyokong tanah air apabila menewaskan Machan FC dengan keputusan 10-1 dalam saingan Liga A1 menerusi tiga pemainnya iaitu Amirul Husaini, Amer Saidin dan Sharul Amin yang berjaya menjaringkan gol hatrik sebelum Gopi Rizki menyempurnakan jaringan ke-10 pada minit ke-84.

Sekiranya benar KL Rovers menarik diri, sudah pasti skuad Harimau Selatan akan meraih kemenangan secara percuma.

Walau bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan KL Rovers tentang spekulasi terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram