PENYERANG berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dihukum pengadil perlawanan selepas membuat aksi nakal ketika meraikan jaringan rakan sepasukan dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Ahad.
Keputusan itu diambil selepas Bergson dilihat meraikan jaringan Shahrul Saad di hadapan pemain lawan di penghujung perlawanan dalam aksi persahabatan antarabangsa antara JDT dan jaguh Singapura, Lion City Sailors (LCS).
Susulan daripada meraikan jaringan tunggal tersebut, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning kepada Bergson dan rakannya, Eddy Israfilov kerana dikesan membuat provokasi melampau terhadap pemain lawan.
BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah macam Pep Guardiola', fans puji pengurus Selangor Pistons pertahan hak pasukan
Tindakan Bergson dan Israfilov menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menyifatkannya sebagai tidak profesional apatah ia hanyalah perlawanan persahabatan.
Meskipun ramai mengecam tindakan kedua-dua pemain Harimau Selatan itu, tidak kurang juga ada yang menyokong aksi 'nakal' berkenaan.
Menurut mereka, tindakan yang diambil oleh Bergson adalah wajar kerana ia berpunca apabila pasukan pelawat bermain secara bertahan sepanjang perlawanan berlangsung.
"Lion City Sailors main parking bus sampai habis game, mana lah tak angin pemain JDT," kata Hafeez Zann.
"Memang patut Bergson buat macam tu, sudahlah main parking bus, memang mengamuklah member," kata Afieq Roseli.
"Sudah kenapa kau main parking bus, bila orang provok kau mengamuk, friendly saja pun," kata Nasulnizam Ahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram