Hilang Arif Aiman dan Matthew Davis, 2 pinjaman JDT di TFC bakal jadi pengganti kuatkan Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan bertemu India pada Isnin. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya bakal turun menentang pasukan tuan rumah, India dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad pada pukul 10 malam Isnin.

Sebelum ini, Malaysia berjaya menumbangkan India dengan keputusan 4-2 yang masing-masing dicetak oleh Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong dalam Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 lalu.

Dalam pada itu, kapten skuad kebangsaan, Cools meluahkan hasratnya untuk membolosi pintu gawang India buat kali kedua menjelang perlawanan tersebut.

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sangka padu', kekuatan wakil Thailand sudah setaraf dengan Malaysia lepas tewas kepada 2 pasukan STL

WhatsApp Image 2024-11-18 at 12.18.03

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools bertekad menjaringkan gol untuk terus meningkatkan motivasi diri dan juga pasukan. Facebook/FAM

"Sudah tentu saya akan gembira jika dapat menjaringkan gol untuk pasukan. Namun, ia tidak penting siapa yang menjaringkan gol kerana yang lebih penting adalah Malaysia menang," katanya.

Walaupun beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Cools tidak berasa gentar dengan atmosfera di stadium tersebut.

"Setiap pemain pasti ingin memberikan yang terbaik di hadapan penyokong mereka nanti, saya rasa jumlah penyokong bukanlah masalah bagi pemain. Malah, kami mahu bermain dengan baik di depan mereka.

"Apa yang penting adalah untuk bermain dengan baik pada hari perlawanan kerana kemenangan boleh memperbaiki kedudukan ranking dunia," kata Cools.

Malaysia bakal turun tanpa tiga tonggak hebat seperti Arif Aiman, Matthew Davies dan juga Feroz Baharudin yang telah dilepaskan pulang ke tanah air berikutan permohonan daripada kelab mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Di posisi Arif, Pau Marti dijangka akan menurunkan Safawi Rasid atau Haqimi Azim Rosli di sayap kanan, sementara Azam Azmi Murad dijangka menggantikan Davies di bahagian pertahanan. — The Star/LIM TEIK HUAT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram