HUJAN lebat menjadi penyambut aksi 'away' pertama Harimau Malaya menentang Laos bagi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium PAT, Bangkok pada Khamis (14 November).
Pengendali 'interim' Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menurunkan kesebelasan utama yang lebih segar apabila memberi peluang kepada Harith Haiqal, Zhafri Yahya dan Muhd Adip Ra'op untuk memulakan perlawanan.
Skuad kebangsaan menjaringkan gol seawal minit keenam hasil tandukan Harith Haiqal menerusi sepakan penjuru yang dihantar baik oleh Arif Aiman.
BACA LAGI: 'Ikut Tomi balik kampung ke?', fans Terengganu 'detect' kehilangan pemain import
BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong
Namun begitu, hujan lebat yang turun di bumi Thailand menyukarkan Harimau Malaya untuk bermain hantaran satu dua dan melakukan gerakan pantas.
Permukaan padang yang bertakung dengan air hujan juga menjejaskan pemain-pemain Harimau Malaya untuk melancarkan serangan di arah kubu pertahanan lawan.
Pada minit ke-34, barisan pertahanan Harimau Malaya dikejutkan dengan sepakan jauh penjaga Laos, Keo Oudone yang gagal dibaca oleh Matthew Davies.
Kegagalan Davies itu membenarkan Kydavone Souvanny menyamakan kedudukan selepas mudah menewaskan Ahmad Syihan Hazmi.
Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1 meskipun Harimau Malaya lebih banyak menyerang ke arah kubu lawan.
Bersambung babak kedua perlawanan, Pau Marti bertindak pantas menukar taktikal apabila memasukan Sergio Aguero untuk menggantikan Zhafri Yahya.
Pertukaran itu menunjukan ada perubahan di barisan serangan Harimau Malaya dalam memburu jaringan kedua perlawanan.
Kemasukan Stuart Wilkin menghasilkan jaringan kedua buat Harimau Malaya selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 selepas dijatuhkan oleh pemain Laos, Sengdaovy Hanthavong.
Tidak hanya berpuas hati dengan jaringan kedua, Harimau Malaya terus menggandakan gol ketiga menerusi sepakan penalti Sergio Aguero pada minit ke-83 permainan.
Keputusan kekal 1-3 dengan Harimau Malaya mencipta kemenangan ketiga dibawah kendalian Pau Marti sekali gus bangkit daripada kekalahan lalu di tangan New Zealand pada Oktober lalu.
Selepas ini, Harimau Malaya akan terbang ke India bagi perlawanan kedua antarabangsa di negara itu.
Walaupun berjaya memenangi perlawanan, rata-rata penyokong menggangap ia sebagai bonus buat Harimau Malaya selepas mendapat dua sepakan penalti.
"Alhamdulillah dapat 'voucher' penalti," kata Aiman Alif.
"Sampai ke sana (Thailand) 'claimed' dua penalti," ujar Raymond Pison.
"Main entah apa-apa, nasib dapat dua penalti, kalau tak seri sahaja dengan Laos," jelas John Gareng. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram