[VIDEO] Azizulhasni Awang kembali sentuh basikal selepas 3 bulan 'memori hitam' temasya Olimpik Paris 2024


  • Podium
  • Rabu, 13 Nov 2024

Azizulhasni mungkin akan membuat kemunculan semula dalam beberapa pertandingan tahun depan.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali mengayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook pada Rabu, beliau bagaimanapun bukanlah melakukan aktiviti itu di trek sebaliknya di atas jalan raya.

“Alhamdulillah hari pertama berkayuh sejak Olimpik Paris dan memang sebelum ini tidak sentuh basikal langsung.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC

BACA LAGI: [VIDEO] Baru 32 tahun, bekas import Selangor calon jurulatih baharu?

“Alhamdulillah hari ini berkayuh dengan pasukan trek endurance dan lebuh raya Malaysia, pelapis-pelapis dan juara masa depan, Insya-ALLAH.

“Kadang-kadang itu ada rasa tak payah sentuh basikal, tapi apa jua cabaran serta halangan kita pasti mampu mengatasinya dan kita bagi jadi,” katanya dalam video berkenaan.

Sebelum ini, status sama ada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mendapat julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu untuk meneruskan kariernya sebagai atlet masih menjadi tanda tanya apabila beliau kekal dengan pendirian mengunci mulut berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun baru-baru ini Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh memberikan bayangan Azizulhasni mungkin akan membuat kemunculan semula dalam beberapa pertandingan tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram