SORAKAN dan kehadiran ultras Selangor FC berjaya mencuri tumpuan penyokong Korea Selatan.
Selangor FC hadir ke Korea Selatan bagi aksi timbal balik bertemu Jeonbuk Hyundai Motor bagi aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada Khamis.
Dalam aksi tersebut, penyerang Jeonbuk, Tiago Orobo berjaya meletakkan pasukan Korea Selatan itu di hadapan apabila menanduk masuk bola ke pintu gawang Gergasi Merah pada minit ke-22.
BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan
BACA LAGI: [VIDEO] Neymar buka mulut kes cincin bernilai jutaan ringgit dicuri ketika salam peminat
Meskipun cuba menggandakan usaha dengan membawa masuk wajah baharu untuk menyerang kubu pertahanan lawan namun hasrat Gergasi Merah itu tidak kesampaian.
Walau bagaimanapun, di sebalik keputusan tersebut, kehadiran para penyokong Selangor yang hadir di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan itu mendapat perhatian dan pujian dari pasukan tuan rumah itu.
Ia dapat dilihat menerusi hantaran video di laman Instagram jeonsanggwan dan berserta kapsyen '100 penyokong Selangor, ini sesuatu yang hebat' dengan ia menunjukkan mereka kagum akan sokongan terhadap pasukan pelawat.
Dalam video tersebut kelihatan sekumpulan ultras yang memakai baju warna merah sambil mengibarkan bendera Selangor terus memberikan sorakan dan sokongan kepada skuad Gergasi Merah itu.
"Semangat penyokong Selangor semenangnya lain macam," kata kim_do_hyun_1229.
"Saya memang kagum dengan kesungguhan, semoga terus maju," kata cheer_hyun_up93.
"Penyokong Selangor yang hadir ke Incheon memang hebat," kata jaehoonyou. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram