PEMAIN beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berhempas pula untuk merangkul kejuaraan pertama mereka tahun ini menerusi Terbuka Korea.
Pasangan nombor enam dunia itu tidak berdepan laluan mudah selepas diberikan tentangan sengit oleh pemain beregu Korea Selatan Jin Yong-Kim Won-ho sebelum menang 21-23, 21-19, 21-14 di Iksan City, Korea Selatan.
Dengan kemenangan sukar tersebut, Aaron-Wooi Yik menjadi pasangan beregu pertama Malaysia memenangi gelaran beregu lelaki di Masters Korea.
BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan
BACA LAGI: Jauh beza dengan trio JDT, gandingan peledak Selangor ibarat tiada 'chemistry' jumpa Jeonbuk
Aaron-Wooi Yik yang terdesak untuk menjulang gelaran Terbuka pertama mereka, tewas pada set pertama 21-23.
Baagaimanapun, mereka bangkit pada set kedua apabila Berjaya menang 21-19 dan membawa perlawanan ke set penentuan.
Korea Masters 2024
Men's Doubles - FINAL + PODIUM
Aaron Chia/Soh Wooi Yik
vs
Jin Yong/Kim Woh Ho
21-23, 21-19, 21-14
S300 but feels like S1000, so tight and nervous haha. Alhamdulillah ChiaSoh's 2nd WT title and their 1st title of the year. Congrats to both pairs pic.twitter.com/7Kn3stvMAA
— レディディラ (@ladydyla) November 10, 2024
Dalam perlawanan ketiga yang cukup dramatik, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali Aaron-Wooi Yik mendahului dari awal, namun pasangan Korea terus mengekori rapat sebelum Malaysia akhirnya pulang membawa kemenangan.
Perlawanan berlanjutan selama 66 miniti itu menyaksikan pasangan egara memberikan tumpuan untuk mengekang pemain berpengalaman lawan, Won-ho.
Pemain Korea berusia 25 tahun itu memenangi perak dalam acara beregu campuran dalam Olimpik Paris bersama Jeong Na-eun dan merangkul kedudukan naib juara dalam beregu lelaki bersama Choi Sol-gyu dalam Sukan Asia Hangzhou tahun lalu. — The Star/RAJES PAUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram