PENYERANG Al-Hilal, Neymar menafikan dakwaan bahawa seorang peminat mencuri cincin berharga dari jarinya ketika sesi pemanasan sebelum perlawanan Al-Hilal menentang Esteghlal.
Neymar menyifatkan khabar angin itu sebagai sebahagian daripada berita palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan namanya.
Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, warga maya membuat spekulasi apabila salah seorang individu mencuri cincin dari jarinya selepas menyapa peminatnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tundukkan beregu Chinese Taipei, slot final Korea Masters milik Aaron Chia-Wooi Yik
BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan
Walau bagaimanapun, bintang Brazil itu menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan pencurian sebagai rekaan semata-mata.
Selain daripada kontroversi mengenai insiden cincin, Neymar juga berdepan cabaran besar dalam kariernya dengan kecederaan berterusan.
Selepas pulih dari kecederaan serius pada lutut, Neymar kini terpaksa menanggung kecederaan baru pada otot hamstring yang memaksanya untuk berehat selama enam minggu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram