BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Korea Masters pada Sabtu.
Kejayaan itu hadir selepas beregu negara itu menewaskan wakil dari Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin.
Dalam aksi yang berlangsung di Iksan Gymnasium, Iksan City itu menyaksikan pasangan negara itu meraih kemenangan secara straight set 21-17,21-16.
BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan
BACA LAGI: Jauh beza dengan trio JDT, gandingan peledak Selangor ibarat tiada 'chemistry' jumpa Jeonbuk
Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi sengit di dalam gelanggang sepanjang dua set tersebut, namun semangat juang tinggi yang ditampilkan oleh wakil Malaysia akhirnya membuahkan hasil dengan meraih kemenangan berharga
Kemenangan tersebut membolehkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 yang menghuni ranking nombor enam dunia itu berdepan beregu tuan rumah, Jin Yong-Kim Won-ho dalam aksi final pada Ahad.
Terdahulu, pasangan yang menghuni ranking ke-73 dunia itu mara ke final selepas menumpaskan rakan senegara, Ki Dong-ju dan Seo Seung-jae 16-21, 21-19,21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram