'Nasib tak injured', Stuart dan Pedro meniti di bibir fans lepas pegang watak penting Sabah terus 'meradu' kali ke-4


  • Podium
  • Ahad, 03 Nov 2024

Joao (kanan) membantu Sabah mencetak dua gol pada babak pertama perlawanan. — Facebook/Sabahfc

SABAH FC berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dengan keputusan 4-1 dalam saingan Liga Super 2024 pada Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi tandukan Joao Pedro Boeira Duarte pada minit kesembilan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin.

Bagaimanapun, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi gol cantik dari Fazrul Amir sebelum penyerang Sang Badak, Farhan Roslan meletakkan Sabah di hadapan dengan keputusan semasa 2-1.

Masih mahu memberi saingan, penyerang import Sabah FC, Joao sekali lagi menggandakan jaringan pada minit-minit akhir sebelum ke bilik persalinan hasil hantaran bantuan daripada Stuart Wilkin.

Bersambung babak kedua, Sabah terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan tanpa memberi peluang kepada pelawat untuk membuat serangan balas.

Hasil daripada serangan tersebut, tandukan daripada pertahanan tengah Sabah, Gabriel Peres berjaya menembusi pintu gawang pelawat pada minit ke-60 meletakkan Sang Badak berada dalam kedudukan cukup selesa.

Menariknya aksi di hadapan penyokong sendiri itu, Stuart melakar sejarah peribadi apabila hatrik dalam membuat hantaran bantuan.

BACA LAGI: Kelab pertama bakal miliki hospital sendiri jana pendapatan, DSAT Group terus 'up' tawaran jika miliki Kedah

BACA LAGI: Bintang import Korea sedih hidup ibarat pendatang haram, ejen minta FAM-MFL bertindak atau bawa kes ke FIFA

WhatsApp Image 2024-11-03 at 21.00.03 (1)

Barisan pemain Sabah FC meraikan kemenangan selepas menewaskan KDN FC di laman sendiri pada Ahad. — Facebook/Sabahfc

Ramai penyokong memuji aksi yang dipamerkan oleh pemain tengah Sang Badak itu kerana kebijaksanaannya membantu Sabah.

Meskipun tidak mencetak gol namun 'ekor' Sang Badak memuji persembahan pemain berketinggian 1.8 meter itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh Joao selepas membantu Sabah mencetak dua gol dalam aksi tersebut.

"Hatrik assists dari jeneral tengah, Stuart Wilkin, padulah, Pedro on fire," kata Suheimi Ismail.

"Nasib Pedro tak injured, susah nanti Sabah tiada penyerang," kata Ghazali Zul.

"Man of the match, Stuart Wilkin, hatrik assists, mantaplah Sabah FC," kata Kamarul Umar Yusof.

Kemenangan itu meletakkan Sabah di tangga ketiga dengan hanya tiga mata membezakan mereka berbanding Selangor FC di kedudukan kedua sementara KDN FC masih menduduki carta ke-12. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram