SEORANG lelaki dipercayai mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu insiden ketika asyik bermain permainan bola tampar di sebuah gelanggang dekat China.
Berdasarkan rakaman tular yang dikongsikan di media sosial pada Ahad, lelaki itu pada awalnya dilihat bermain seperti biasa sebelum salah seorang rakan sepasukan melanggar badannya secara tidak sengaja.
Impak daripada perlanggaran itu, mangsa terjatuh lalu belakang kepalanya terhentak di atas lantai, sekali gus menyebabkan dia terus tidak bergerak.
BACA LAGI: Polis Seremban kejar pemandu sejauh 16km, suspek ada 16 rekod kes lampau
BACA LAGI: Aminuddin ditemui selamat di kawasan LRT PWTC awal pagi Selasa
Hombre de la tercera edad sufre accidente mientras jugaba voleibol; el impacto lo deja inconsciente pic.twitter.com/5dJxBPa9jC
— GrupoMarmorNoticias (@grupo_marmor) October 27, 2024
Panik melihat keadaan mangsa, rakan-rakanya yang lain terus menghentikan permainan dan membuat panggilan kecemasan.
Lebih mengejutkan lagi, melalui rakaman video tersebut, turut kelihatan darah pekat mengalir dari belakang kepala mangsa.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan mereka yang hadir, sebelum segera bergegas membantunya.
Rakaman tersebut telah mencetuskan kekecohan di media sosial, dengan rata-rata warga maya menekankan kepentingan aspek keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika bersukan, terutamanya bagi golongan warga emas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram