Bukan sekadar genggam ijazah TESL, Thinaah terima anugerah ikon sukan konvekesyen OUM ke-28


  • Podium
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Thinaah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dari OUM.

PEMAIN beregu wanita negara, Thinaah Muralitharan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dari Open University Malaysia (OUM) pada Sabtu.

Sebagai mengiktiraf prestasi cemerlangnya dalam sukan dan pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik, Thinaah turut dianugerahkan anugerah ikon sukan semasa konvokesyen ke-28 OUM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anugerah ikon sukan khas universiti itu mengiktiraf pelajar yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang sukan di samping cemerlang dalam akademik.

BACA LAGI: [VIDEO] Buku teks Sejarah dijadikan komik, Azrin Ahmad bijak tarik minat pelajar dapat 'result' cemerlang

BACA LAGI: Pernah hampir lemas, jurufoto wanita bertahun-tahun elak laut angkara fobia sebelum kembali mencipta nama

WhatsApp Image 2024-10-26 at 6.08.51 PM

Thinaah dianugerahkan anugerah ikon sukan semasa konvokesyen ke-28 OUM.

Dalam majlis yang sama, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Pendidikan sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam sektor pendidikan.

Mengulas mengenai anugerah yang diterimanya, beliau menyatakan bahawa pengiktirafan itu amat bermakna kerana ia menekankan bahawa pembelajaran bukan sekadar gred atau markah, tetapi berdasarkan pencapaian sepanjang hayat.

“Selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah, ramai rakan sebaya saya meneruskan pengajian ke universiti, namun saya memilih laluan yang berbeza.

“Saya bersyukur bahawa sumbangan saya sebagai aktivis telah membawa kepada pengiktirafan ini.

“Nasihat saya kepada semua graduan adalah untuk menghayati nilai teras seperti kecemerlangan, disiplin, integriti, hormat-menghormati, keyakinan, keterbukaan dalam komunikasi dan rendah diri,” katanya, sambil menambah bahawa pendidikan adalah lebih daripada sekadar ijazah, ia adalah perjalanan sepanjang hayat untuk belajar, berkembang dan menyumbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram