Tak adil gugurkan acara badminton, rakyat Malaysia desak semua negara boikot temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Badminton sudah dipertandingkan dalam Sukan Komanwel sejak 1966 dengan ratusan pemain sudah mempamerkan bakat masing-masing.

RAKYAT Malaysia berasa berang atas keputusan tuan rumah, Glasgow untuk menggugurkan acara badminton dalam Sukan Komanwel yang akan diadakan tahun depan.

Pada masa sama, ada yang turut mendesak semua negara memboikot acara itu.

"Tarik diri sahajalah daripada karnival sebegini," kata PeiYee Soo.

"Ini kerana mereka tidak boleh meraih kemenangan seperti mana pernah dicatatkan dalam tahun-tahun sebelum ini, jadi mereka menepikan sahaja. Ini satu taktik licik," kata Boonan Haeriwan.

BACA LAGI: Aniq Kasdan lupakan kekecewaan Olimpik Paris, tak buang masa berlatih demi Komanwel Fiji

BACA LAGI: Malaysia ditawar peluang anjur Sukan Komanwel 2026 ganti Australia

skysports-commonwealth-fireworks_6724017

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2014.Agensi

"Pada saya, boikot sahaja Sukan Komanwel ini kerana ia hanya bentuk peringatan kepada tempoh penjajahan mereka di Asia dan Afrika dengan pelbagai tindakan keji dibuat tentera British," kata Ck Wong.

"Temasya sukan yang sia-sia kebelakangan ini, hanya membawa faedah kepada mereka yang mahu sesuatu. Lebih baik boikot sahaja," kata Daniel M Tan.

"Tak perlu hantar atlet langsung, lebih menguntungkan," kata Ameikh Hamzah.

Keputusan tuan rumah untuk menepikan beberapa acara, seperti hoki dan badminton dijangka menyekat hasrat kontinjen negara untuk meraih sebarang pingat dalam karnival sukan berkenaan.

WhatsApp Image 2024-10-23 at 3.28.19 PM

Hoki merupakan sebuah lagi acara yang tidak akan dipertandingkan.

Malah, perkara itu turut menerima respons Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh yang beranggapan tindakan menepikan acara berkenaan sukar diterima.

Beliau tidak menyangka Glasgow sebagai tuan rumah akan mengambil tindakan sedemikian kerana acara terbabit sudah dipertandingkan sejak 1966.

Ini kerana melihat pada penganjuran terdahulu, badminton menjadi 'lubuk' buat pasukan negara meraih pingat dengan dua daripada tujuh emas yang dikumpul hadir daripada sukan terbabit. — The Star/R SEKARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram