Malaysia ditawar peluang anjur Sukan Komanwel 2026 ganti Australia


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel adalah pada 1998. — Agensi

DALAM masa dua tahun, seluruh dunia dijangka akan tertumpu kepada Malaysia kerana negara kita berpotensi untuk menganjurkan sebuah temasya sukan berskala besar.

Malaysia telah ditawarkan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel yang dijadualkan pada 2026. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di media sosial mereka, MOM mengatakan Malaysia ditawarkan untuk menjadi tuan rumah selepas Victoria, Australia telah menarik diri.

Menyedari masa begitu suntuk untuk menyediakan fasiliti dalam keadaan terbaik, Malaysia telah ditawarkan suntikan dana sebanyak RM600 juta untuk memastikan Sukan Komanwel pada 2026 diadakan dengan cemerlang.

BACA LAGI: Tak macam skuad senior, Harimau Muda adakah 5 perlawanan sebelum Piala Asia B-23

THE MALAYSIAN CONTINGENT MAKING THEIR GRAND APPEARANCE INTO THE NATIONAL STADIUM AT BUKIT JALIL LAST NIGHT at the opening of SUKOM98 or 1998 Commonwealth Games.This is also one of the earliest images taken at high-profile events using digital SLRs acquired by Star Publications.

Malaysia meraih tempat keempat pada Sukan Komanwel 1998. — THE STAR/JIMIN LAI

"Persatuan Sukan Komanwel (CGF) telah menawarkan kepada Malaysia peluang untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 2026.

"Tawaran tersebut hadir dengan sejumlah pelaburan kewangan yang signifikan sebanyak RM600 juta untuk mewujudkan sokongan terhadap perancangan mewujudkan legasi bagi temasya edisi 2026," kata MOM.

Peluang untuk menganjurkan temasya sebesar Sukan Komanwel itu bakal memberikan peluang untuk Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia selepas kali terakhir menganjurkannya pada 1998.

Ia turut akan menjadi temasya sukan yang terkini dianjurkan negara selepas Sukan SEA pada 2017. Dengan Kuala Lumpur sekali lagi akan menganjurkannya pada 2027, Sukan Komanwel pada 2026 boleh jadi permulaan kepada persediaan negara menganjurkan temasya dwi-tahunan itu.

BACA LAGI: Hanya 1 peratus halang Brendan Gan sertai Sri Pahang

Potensi untuk menganjurkan Sukan Komanwel sedang dibincangkan secara terperinci antara MOM, Kementerian Belia & Sukan (KBS), serta CGF.

Mereka menganggap peluang untuk menganjurkan temasya tersebut adalah "peluang seumur hidup" untuk Malaysia dengan potensi meletakkan nama negara kembali ke peta sukan dunia menjadi tawaran yang sukar ditolak.

Ditambah dengan Malaysia sudah mempunyai fasiliti bertaraf dunia, jadi ia tidak terlalu sukar untuk proses naik taraf dilakukan kerana tidak perlu melakukan projek mega bagi membina kemudahan sukan baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram