"TIADA sokongan daripada Kesatuan Ragbi Malaysia menjadi antara punca ragbi X tidak mendapat sambutan dalam negara."
Itulah antara luahan bekas kapten pasukan ragbi kebangsaan, Syahir Asraf Rosli, 36, apabila diminta mengulas lebih lanjut mengenai ragbi X.
Menurut Syahir atau lebih dikenali sebagai Saho kurangnya penyertaan ragbi X bukan kerana risiko kecederaan yang mungkin diterima tetapi tiada 'awareness' dalam pengiat sukan ragbi negara.
BACA LAGI: Masih ramai tak tahu ragbi X, risau cedera teruk berbanding ragbi sentuh
BACA LAGI: 'Tackle kasar' diganti sentuhan, ragbi rimau minimal kecederaan, sesuai dimainkan murid sekolah
"Untuk peringkat kebangsaan, kita dah ada kelab-kelab amatur ragbi di Malaysia.
"Jadi apa yang saya nampak kurangnya peranan untuk setiap kelab ini adalah fokus mereka kepada 'rugby tackle'.
"Fokus mereka hanya untuk kejohanan-kejohanan liga, jadi bila objektif mereka untuk menyertai peringkat dewasa.
"Mereka tidak akan tengok ragbi sentuh atau ragbi X punya pembangunan," katanya kepada Majoriti.
Mengambil contoh di luar negara, Saho berkata, kelab-kelab ragbi di sana memainkan peranan yang penting untuk semua keperluan sukan itu.
"Kalau kita tengok dekat luar negara, saya rasa hampir kesemua kelab memainkan peranan yang penting.
"Kelab-kelab adalah tempat persediaan, penggunaan sukan tertentu, fasiliti, kemudahan, servis jurulatih, pendidikan dari segi pengurusan kecederaan semua akan mereka fokus.
"Mereka akan kategorikan untuk peringkat umur mereka fokus kepada ragbi sentuh dan ragbi X sebelum pengenalan kepada 'rugby tackle'," ujarnya.
Saho juga tidak menafikan bahawa tiada bantuan daripada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) untuk mempromosikan ragbi X di dalam negara.
"Tak, tiada sokongan atau pendedahan daripada kesatuan itu sendiri.
"Kalau kita tengok dekat mana-mana liga utama contohnya liga negeri atau Piala Agong boleh cakap apa beberapa pemain itu terlalu muda untuk bermain.
"Daripada 'skill performance' ataupun 'training hours' mereka terlalu muda untuk main Piala Agong.
"Tapi sekiranya kita ada peringkat umur punya kejohanan, saya rasa kita akan dapat material yang lebih baik," luahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram