
ATLET muda kelahiran Perlis, Amsyar Sirhan Abdullah mempertahankan kejuaraan apabila bergelar juara remaja dunia buat kali kedua berturut-turut di Kejuaraan Woodball Piala Dunia 2024 di Shaoxing, China baru-baru ini.
Kejohanan yang berlangsung pada 14 hingga 20 Oktober 2024 itu bagaimanapun tidak berjalan dengan lancar apabila penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berkenaan berdepan cabaran hebat dalam mempertahankan kejuaraannya.
Ujian terhebat buat Amsyar Sirhan apabila atlet berusia 18 tahun berkenaan terpaksa berkongsi mata bersama pencabar terhebatnya dari Chinese Taipei semasa 'gate' terakhir di perlawanan ketiga.
BACA LAGI: 'Insya-ALLAH recovery fast', janji The Engineer pujuk fans Gergasi Merah
Namun ketenangan dan pengalaman yang dimiliki membantu Amsyar Sirhan menamatkan pukulan dengan mata 129, sekali gus dinobatkan sebagai juara remaja dunia.
Amsyar Sirhan berkata, kejayaannya pada kejohanan kali inu dibantu dengan persiapan rapi selama empat minggu dan gelaran juara dunia itu noleh dianggap mengejutkan memandangkan dia hanya mensasarkan untuk menduduki kelompok lima teratas.
Antara aksi Amyar Sirhan ketika Kejuaraan Woodball Piala Dunia 2024.
“Semasa latihan persiapan, saya lebih fokus berkenaan dengan Teknik-teknik hayunan tangan saya kerana ianya penting bagi mengekalkan hayunan yang betul. Pesaing-pesaing di kejohanan ini amat hebat kesemuanya dan ianya akan sedikit menganggu tahap emosi saya.
"Jadi seminggu sebelum kejohanan bermula saya tidak menjalani latihan dan berehat secukupnya," katanya memetik kenyataan dikongsikan oleh UiTM.
Selain dinobatkan sebagai juara remaja dunia, Amsyar Sirhan juga telah meraih tempat kedua dalam kategori remaja berpasukan bersama-sama rakan seperjuangan iaitu Adam Mukriz, Muhammad Aiman Haizad dan Muhamad Norfazli Fitri.
Amsyar juga telah menjuarai beberapa kejohanan yang lalu sepanjang tahun 2024 dan sasarannya seterusnya adalah menjuarai Temasya Sukan SEA pada 2026 nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram