Jangan pandang rendah kualiti atlet SUKIPT — Olahragawati 2024


  • Podium
  • Ahad, 20 Okt 2024

Nurqasrina (kiri) ketika meraih pingat perak dalam sukan kayak acara TK1 dalam saingan SUKIPT bulan lalu. — Facebook/Sukan IPT

SAINGAN Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) tahun ini sememangnya cukup sengit apabila kesemua peserta berjaya menampilkan aksi terbaik demi menaikkan nama universiti masing-masing.

Ini dibuktikan dengan pelbagai rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan, termasuk enam dalam acara kayak dengan ia pasti membuka mata orang ramai mengenai potensi atlet bersaing.

Kejayaan itu pasti akan membuka mata persatuan sukan masing-masing untuk memandang serius kebolehan mereka yang mencipta nama dalam karnival sukan bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

BACA LAGI: 'Late bloomer', jangan jadikan atlet SUKIPT, MASUM mangsa keadaan

BACA LAGI: Bintang tae kwan do akui pendedahan terhad cabaran atlet SUKIPT, MASUM ke tahap lebih tinggi

460061958_936492058508194_1281760201774503971_n

Pencapaian membanggakan dalam SUKIPT yang lalu membolehkan Nurqasrina meraih gelaran Olahragawati. Facebook/Sukan IPT

Hal berkenaan turut dilaungkan Olahragawati SUKIPT, Siti Nurqasrina Syahzanani Mustapha yang mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam sukan kayak kategori TK1.

Dia yang membawa pulang pingat perak dalam acara disertainya meraih gelaran itu selepas memecahkan rekod berusia 10 tahun dengan catatan masa 57.29 saat berbanding catatan terdahulu, iaitu 58.43 saat.

Menurutnya, pandangan mengenai kesukaran atlet SUKIPT untuk melangkah ke peringkat seterusnya kurang dipersetujui kerana karnival sukan berkenaan sudah cukup kompetitif.

"Walaupun saya tidak mempunyai senior yang meninggalkan sukan diminati dan menceburi bidang lain, saya rasa sepatutnya keputusan sebegitu tidak perlu.

462355486_4144395845790561_843219028589036219_n

Qasrina sudah menceburi sukan kayak sejak beberapa tahun lalu. Facebook/Qasrina Mustapha

"Ini kerana kita masih boleh ke peringkat lebih jauh berbanding di peringkat universiti sahaja. Pada saya, ini hanya permulaan sahaja untuk ke tahap lebih baik," katanya kepada Majoriti.

Dalam kategori kayak TK1, Nurqasrina mengutip pingat perak dengan emas dimiliki Nur Syahirah Fuad yang mewakili Politeknik sementara Sapira Lagin meraih pingat gangsa.

Meskipun tidak meraih gelaran emas, catatan masa direkodkan atlet berusia 22 tahun itu di pusingan 'heat' sudah cukup baginya memperolehi gelaran Olahragawati SUKIPT kali ini.

Tambah Qasrina lagi, harapan lebih tinggi turut diletakkan baginya secara peribadi apabila dia mahu mewakili negara dalam kejohanan sukan di tahap lebih tinggi selepas ini.

298269792_10167800953905487_1515466035880608943_n

Nurqasrina (kiri) ketika meraih pingat gangsa dalam saingan SUKIPT 2022. Facebook/Pusat Sukan UiTM

"Saya berharap untuk beraksi dalam Sukan SEA, tetapi bukan dalam kategori 'sprint' kerana saya mahu menceburi disiplin berbeza, iaitu 'dragon boat' memandangkan sebelum ini, saya pernah tersenarai untuk ke Sukan Asia pada 2022.

"Namun, pasukan negara ketika itu cuma menghantar pasukan lelaki, jadi pasukan wanita tidak dapat pergi. Jika tidak, memang saya akan ke sana juga," katanya.

Selain berentap dalam temasya SUKIPT tahun ini, Nurqasria juga pernah bersaing dalam edisi dua tahun lalu dengan pingat gangsa diraihnya dalam acara kayak TK2.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mewakili Wilayah Persekutuan dalam saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang pastinya mengukuhkan lagi namanya sebagai seorang atlet kayak berkebolehan dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram