Tiada pemain KDA FC jumpa saya — Sanusi


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Skuad Sang Kenari berdepan isu tunggakan gaji sejak beberapa bulan lalu. — Facebook/KDAFC

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta agar pihak pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi membincangkan isu tunggakan gaji yang melanda kelab tersebut.

Memetik laporan Buletin TV3, kerajaan negeri melalui KFA bersedia mempertimbangkan langkah-langkah untuk membantu Sang Kenari yang masih berdepan kemelut isu gaji itu.

“Kerajaan negeri kena salurkan bantuan menerusi KFA, KFA akan tolong, kita tak boleh buat secara langsung dengan syarikat swasta yang uruskan KDA FC.

“Apa-apa yang boleh kita bantu, kita tengok nanti, minta mereka hubungi KFA,” katanya.

BACA LAGI: Aston Villa siasat dakwaan Man United 'diintip', arahan sulit ten Hag terbongkar

BACA LAGI: 'Killer yang problem tekong pula yang sampai', fans desak Johor Tigris cepat-cepat 'sign' perejam Thailand

WhatsApp Image 2024-10-15 at 21.41.40

Prestasi skuad Sang Kenari terganggu kerana berdepan dengan isu tunggakan gaji. — Facebook/KDAFC

Muhammad Sanusi berkata, beliau turut bersimpati dengan nasib pasukan dan pemain yang kini dilihat terumbang-ambing.

Katanya, sebagai Presiden KFA, beliau bersedia untuk bertemu pemain pasukan berkenaan bagi mendengar masalah mereka secara berdepan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak boleh sewenang-wenangnya campur tangan dalam pengurusan KDA FC selepas pasukan berkenaan diubah status kepada pasukan kelab.

“Ia urusan syarikat swasta yang kendalikan KDA FC. Saya hanya boleh pertimbangkan untuk campur tangan atau tidak, setakat ini tiada pemain datang jumpa saya. Mereka hanya luah melalui media saja,” jelasnya.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau juga ada berjumpa dengan pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar namun tidak memperincikan butiran berkenaan.

“Ada Tan Sri Daud hubungi dua tiga bulan lepas dan selalu juga jumpa. Tambahan pula kita masih ada komitmen lama yang ditanggung ketika terajui KFA sebelum ini, KFA masih tanggung bayaran ansuran hutang lama dengan badan berkanun.

“KFA masih bayar untuk lesen 2024 pun KFA ada bantu,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram