Curi mata JDT tapi prestasi masih yoyo — CEO PDRM FC


  • Podium
  • Rabu, 16 Okt 2024

Antara aksi perlawanan PDRM mengikat JDT dengan keputusan 1-1 pada Julai lepas. — Instagram/PDRM

PDRM FC yang kini menghuni kedudukan kelima Liga Super dengan merekodkan empat kemenangan selepas mengharungi 11 perlawanan nyata masih belum berpuas hati dengan pencapaian semasa mereka.

Skuad Sang Saka Biru masih mengekalkan tradisi mereka pada musim lalu iaitu menjadi duri dalam daging buat pasukan elit Liga Super apabila berhasil mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan keputusan 1-1 pada musim ini.

Menjadi satu-satunya pasukan yang berhasil mencuri mata daripada Harimau Selatan tidak dinafikan satu pencapaian buat kerdil seperti PDRM namun mereka kurang berpuas hati dengan perlawanan menentang kelab lain.

BACA LAGI: Selalu telefon tanya khabar rakan di Kedah, Ifedayo akui pernah hampir boikot latihan Sang Kenari

BACA LAGI: Kembali perkuat Sang Penyu, Shahrul Nizam ada tugas berat 'gari' Ifedayo

Kebimbangan itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Asistan Superintenden Polis (ASP), Mohamad Hafiz Zainal Abidin yang melihat aksi kelab jagaannya musim ini ada pasang surutnya.

"Kita berada dalam kedudukan dan prestasi yang terbaik tetapi kita buang mata dengan pasukan yang tidak sepatutnya kita kalah. Prestasi kita agak yoyo, tidak boleh dibanggakan dan tidak boleh terlampau seronok dengan kedudukan semasa.

"Memang semua katakan kita berada pada kedudukan kelima tetapi untuk kekalkan momentum itu, perlukan usaha yang betul-betul keras dan penuh efisien daripada semua pemain dan pengurusan," katanya.

Mohamad Hafiz ditemui selepas sidang media sesi pengumuman kerjasama strategik antara Suria FM dan PDRM FC di Menara Star dekat Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

WhatsApp Image 2024-10-16 at 20.06.32 (1)

CEO PDRM FC, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin. Instagram/Suria

Dalam sidang media yang sama, Mohamad Hafiz percaya pengendali kelab, P. Maniam mampu memberikan persembahan dan keputusan yang baik menjelang pertemuan menentang jiran mereka iaitu Selangor FC pada Sabtu ini.

"Saya serahkan urusan teknikal kepada jurulatih untuk buat kerja ni. Tetapi bila kita berjumpa dengan barisan kejurulatihan, kita tengok reaksi wajah, mereka yakin untuk bagi kita satu result yang positif.

"Itu yang saya tidak pernah menekan. Saya bagi kebebasan kepada semua barisan jurulatih untuk menentukan siapa barisan pemain yang perlu diletakkan mengikut taktikal semasa yang perlu pada masa itu," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram