Kembali perkuat Sang Penyu, Shahrul Nizam ada tugas berat 'gari' Ifedayo


  • Podium
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Sang Penyu yang dilihat sudah cukup bersedia untuk berdepan cabaran The Cops dalam saingan Liga Super pada Jumaat. — Facebook/Terengganufc

KEM Terengganu FC menerima khabar gembira apabila bek tengah Sang Penyu, Shahrul Nizam Ros Hasni kini kembali cergas.

Bek tengah berusia 26 tahun itu sebelum ini dilaporkan disisihkan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan semasa menjalani latihan.

Susulan itu, Sang Penyu terpaksa melupakan khidmat Shahrul Nizam atau mesra dengan panggilan Nijey itu dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini termasuklah aksi bertemu Selangor FC pada 28 September lalu.

BACA LAGI: Fans mula bercerita sesama sendiri, spekulasi misteri kehilangan striker berbisa Sabah

BACA LAGI: Ada 'jodoh kuat' dengan pasukan Utara, Selangor Pistons ada kejutan di GP Perak

Nijey

Shahrul Nizam (dua kiri) sudah bersedia untuk mengekang jentera serangan The Cops. — Facebook/Terengganufc

Bagaimanapun, kelibatnya yang dilihat kembali menyertai sesi latihan bersama pasukan skuad Peteh nyata mampu memberi senyuman kepada penyokong yang tidak sabar untuk menyaksikan dia kembali beraksi di atas padang.

Malah, Shahrul Nizam yang mesra disapa Nijey turut berkongsikan bahwa dia tidak sabar untuk kembali beraksi menjelang aksi liga menentang PDRM FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Menurutnya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook Terengganu itu, bek tengah itu berkata, PDRM FC merupakan sebuah pasukan yang sukar diramal kerana memiliki barisan serangan yang berkualiti.

"Pasukan PDRM FC sebuah pasukan yang susah diramal, mereka mempunyai barisan serangan berkualiti yang membuatkan kita perlu sentiasa berwaspada. Apa yang pasti, saya sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dan memberikan segalanya untuk pasukan," katanya.

Dalam pada itu, ramai penyokong Sang Penyu menaruh harapan tinggi kepada bek berketinggian 1.75 meter itu untuk merantai penyerang berbisa PDRM, Ifedayo Olusegun.

"Nijey main betul-betul sebagai bek, jangan bagi ruang dan peluang buat PDRM bolos gol," kata Tok Gert.

"Kawal ketat penyerang PDRM, Ifedayo Olusegun itu, rantai gerakan dia jangan sesekali bagi bolos, ingat kena menang bawa balik tiga mata penuh," kata Lan Taman.

"Tiga minggu dah rehat, buat sampai jadi Nijey," kata Rohaida Ayu.

"Welcome back, kereta kebal memang diperlukan ketika ini oleh Sang Penyu," kata Sam Sin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram