SAINGAN Kejohanan Bola Sepak 7-Sebelah (7s) antara pasukan tuan rumah, Malaysia dan Filipina dicemari dengan insiden pergaduhan.
Dalam perlawanan yang berlangsung di EV Arena, Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis itu menyaksikan Malaysia tewas 3-4 kepada Filipina.
Bagaimanapun, perlawanan tersebut dicemari dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku apabila salah seorang pemain tanah air dikesan dikasari.
BACA LAGI: STL 2024: Johor Tigris kena 'comeback', peluang tipis ke suku akhir GP Perak
BACA LAGI: No 18 jadi klu, bekas tekong negara hampir sertai Johor Tigris
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh SiniSukan di laman Facebook, kelihatan salah seorang pemain Filipina melakukan terjahan keras ke atas bekas penyerang skuad kebangsaan, Manaf Mamat.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila penjaga gol Filipina gagal menangkap kemas bola tersebut yang kemudiannya disambut oleh pertahanan mereka.
Begitupun, pemain pertahanan tersebut dilihat tidak dapat mengeluarkan bola tersebut dengan baik.
Manaf yang melihat kecuaian pemain lawan mengambil peluang untuk merebut bola tersebut namun siapa sangka pertahanan Filipina melakukan terjahan keras ke atas kaki bekas pemain Terengganu FC itu.
Insiden itu dapat dikawal pengadil perlawanan selepas beberapa pemain negara dan Filipina yang berada di bangku simpanan memasuki padang untuk cuba meleraikan kekecohan.
Begitupun pihak penganjur belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram