Anda suka berkhemah? Ini langkah penting hadapi situasi cemas jika terkena sengatan lipan, kala jengking


  • Hobi
  • Selasa, 08 Okt 2024

Aktiviti melibatkan hutan seperti berkhemah pastinya memiliki bahaya yang perlu diberi perhatian. — Gambar hiasan

BERKHEMAH di hutan pastinya menjanjikan pengalaman yang unik dan mendekatkan kita dengan alam semula jadi.

Namun, kegembiraan anda boleh bertukar panik dalam sekelip mata sekiranya tidak berwaspada terhadap kawasan sekitar tempat anda berkhemah.

Tahukah anda, selepas hujan petang, serangga seperti lipan dan kala jengking lebih cenderung keluar ke kawasan terbuka dan anda akan menjadi mangsa sekiranya tidak berhati-hati.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Tawau tahan lelaki cuba lari SJR, siasat identiti suspek

BACA LAGI: Syamer Kutty petik Feroz Baharuddin termasuk 3 tonggak Sang Penyu, Selangor, Sabah layak ganti posisi Dion Cools

lipan

Lipan merah yang panjangnya melebihi 20 sentimeter (cm) mampu menyuntik dos racun yang besar.

Walaupun jarang membawa maut di Malaysia, racun atau bisa daripada serangga tersebut boleh mengganggu perancangan anda kerana rakan atau keluarga terpaksa membawa anda ke klinik atau hospital.

Dalam pada itu, sebagai langkah pencegahan awal, ikuti kisah yang dialami oleh Patrick Chong, 44, yang pernah disengat lipan.

Seorang yang berpengalaman dalam dunia perkhemahan, Chong menunjukkan betapa bahayanya kehadiran lipan walaupun lokasi perkhemahan dikendalikan dengan baik.

Menurutnya, setelah digigit lipan merah, dia mengalami kesakitan yang teruk dan memerlukan rawatan hospital akibat bisa yang masuk ke dalam tubuhnya.

Walaupun dia sentiasa mengambil langkah pencegahan seperti menyembur racun serangga, kejadian itu memberi peringatan kepada kita tentang risiko yang tidak dapat dielakkan semasa berkhemah, terutamanya selepas hujan.

Oleh itu, kesedaran dan langkah berjaga-jaga yang lebih tinggi diperlukan untuk memastikan keselamatan semasa beraktiviti di luar.

The sting of a scorpion this large, about palm-size, cause excruciating pain for days. Photo courtesy of Rashid Shafie.

Sengatan kala jengking sebesar tapak tangan boleh menyebabkan rasa sakit teruk selama berhari-hari. — Rashid Shafie

Selain Chong, Carmen Coudray, 39, turut berkongsi pengalaman yang dialami oleh suaminya ketika digigit lipan.

Menurutnya, lelaki itu digigit lipan yang bersembunyi dalam stokin semasa perjalanan ke Pahang dan mereka terpaksa segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Walaupun menerima antibiotik, ubat tahan sakit dan tidak mengalami masalah serius, kesakitan yang dialami tetap membimbangkan.

Kisah itu mengingatkan kita tentang pentingnya mengambil langkah berjaga-jaga dan memeriksa kawasan sekitar sebelum beraktiviti di luar untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Selain itu, pengalaman berbeza dikongsikan oleh Adli Mohd Johan yang menggambarkan kesakitan dialami akibat sengatan kala jengking disifatkannya seperti disuntik asid.

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang mengumpul kayu api di hutan dekat Perak dengan tanpa disedari dia disengat kala jengking hitam dan terpaksa menunggu hingga pagi untuk mendapatkan rawatan kerana keadaan berbahaya pada waktu malam.

Kesakitan yang berterusan dan pembengkakan yang dialami menamatkan perjalanan memancing mereka.

Kaki bengkak

(Dari kiri) Bulatan oren menunjukkan tempat Chong digigit lipan merah dan kesan gigitan lipan. — Patrick Chong

Sementara itu, pengalaman Azrai Iskandar menunjukkan bahawa walaupun kala jengking yang lebih kecil mungkin memberikan sengatan yang kurang menyakitkan namun risiko tetap perlu diambil serius.

Dia yang disengat semasa mendaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan itu berkata, dia dapat mengurangkan kesakitan tersebut dengan parasetamol.

Namun, nasihat pakar perubatan menekankan pentingnya mendapatkan rawatan segera bagi sesiapa yang mengalami gejala teruk, kerana tindak balas alahan terhadap racun boleh menyebabkan kejutan anafilaksis yang mengancam nyawa.

Perkara tersebut memberi kesedaran kepada kita bahawa setiap gigitan atau sengatan perlu diambil serius, tanpa mengira saiz serangga tersebut. — The Star/KRYSTAL KHAW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram