[VIDEO] Sampainya hati... Haaland letak syarat bila fans muda Man United ingin ambil gambar bersama


  • Podium
  • Khamis, 22 Jun 2023

Haaland menjadi penyerang terbaik Eropah musim ini dengan menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan bagi kesemua pertandingan disertai Man City. — Agensi

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland dilihat memaksa peminat muda Manchester United untuk menutup lencana skuad Red Devils pada jersinya baru-baru ini.

Video tular yang dikeluarkan oleh TV 2 Sport dari Norway itu menunjukkan penyokong muda The Red Devils itu terlebih dulu mendekati pemain berusia 22 tahun tersebut untuk bergambar.

Ketika budak lelaki tersebut meminta bergambar bersama penyerang prolifik City itu, Haaland begitupun dengan pantasnya menutup lencana Man United itu.

Selepas selesai bergambar dengan peminat ciliknya, bekas penyerang Borussia Dortmund itu kemudian secara berseloroh menyuruh budak terbabit membeli baju baharu.

Haaland kini sedang menjalani tugasan antarabangsanya dengan pasukan Norway yang mana dia mencetak dua kali dalam kemenangan 3-1 ke atas Cyprus dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 pada Selasa (20 Jun).

Selain itu, Haaland turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kekalahan 1-2 kepada Scotland pada Ahad (18 Jun) baru-baru ini.

Haaland menjadi penyerang terbaik Eropah musim ini setelah menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan bagi kesemua pertandingan dan memainkan peranan penting untuk musim bersejarah kemenangan treble City.

Penyerang berketinggian 1,94 meter itu mencipta hatrik yang luar biasa dalam menewaskan 6-3 ke atas Manchester United di Etihad pada Oktober bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram