Sheikh Jassim belum pasti jadi pemilik Man United


  • Podium
  • Khamis, 15 Jun 2023

Sheikh Jassim belum tentu bergelar pemilik baharu Man United. —  Agensi

PEMILIKAN baharu kelab gergasi England, Manchester United mempunyai banyak liku-liku sejak beberapa bulan lalu, namun kedua-dua pembida iaitu Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim Hamad Al Thani nampaknya berada dalam situasi yang sama.

Kedua-dua pihak mendesak untuk menjadi bidaan yang dipilih oleh Raine Group, firma perbankan Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk menyelia perbincangan pemilikian baharu oleh keluarga Glazer.

Walaupun kelihatan seolah-olah hartawan dari Timur Tengah, Sheikh Jassim difahamkan berjaya menjadi pemilik baharu sudah tersebar di media sosial, tetapi keputusan tersebut masih tidak menemui titik noktah.

Keputusan muktamad dijangka dalam masa terdekat namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan rasmi mengenai siapa yang akan memenangi perang bidaan.

The Glazers masih dikatakan ingin meletakkan harga yang lebih besar ataupun hampir dengan tawaran ditetapkan iaitu £6 bilion atau RM34 billion pada kelab itu.

Hal ini bermakna pegawai yang terlibat dalam kedua-dua bidaan mungkin perlu melakukan lebih banyak kerja untuk menjadikan tawaran mereka lebih menarik kepada Glazers.

Berdasarkan laporan dari Get French Football News, Ratcliffe nampaknya masih berusaha mendapat bidaan tersebut menyelesaikannya dengan meminta Dave Brailsford kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelian Manchester United.

Sebelum ini dilaporkan orang kanan jutawan Britain, Ratcliffe iaitu Brailsford dilaporkan sudah mengundur diri daripada tugasnya dengan OGC Nice dalam usaha memberi tumpuan sepenuhnya kepada percubaan membeli The Red Devils. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram