[VIDEO] Dah tambat hati penyokong, 3 import baharu termasuk Jorge Obregon buktikan tak perlu masa ledak gol


  • Podium
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Dylan sudah menjaringkan satu gol dalam tiga penampilan bersama Penang FC.

JENDELA perpindahan kedua Liga Super menyaksikan beberapa kedatangan pemain import dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan yang paling banyak membawa masuk watak baharu.

Selain JDT, Selangor FC juga membawa masuk pemain-pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan dalam saingan Asia.

Walapun baharu menjejaki kaki di bumi Malaysia, ada pemain import yang sudah mula beraksi dengan cemerlang dengan meledak jaringan.

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa berat sebelah, pengadil Indonesia pengsan ditumbuk pemain berang

BACA LAGI: [VIDEO] Akui berdarah Indonesia, Mahali Jasuli pemain warisan pertama bantu Harimau Malaya angkat piala

Majoriti senaraikan tiga pemain import baharu yang sudah pun mencetak nama selaku penjaring gol bagi pasukan masing-masing:

1. Dylan Wenzel-Halls

Pemain baharu Penang FC, Dylan Wenzel-Halls sudah mula menambat hati penyokong Harimau Kumbang dengan satu gol dan bantuan jaringan dalam tiga penampilan terakhir bersama pasukan itu.

Walaupun hanya beraksi sebanyak 270 minit permainan, ia sudah cukup untuk menambat hati penyokong Penang.

Sebelum ini, Dylan banyak menghabiskan masa dalam Liga Australia dengan beraksi bersama tiga pasukan berasingan.

Sepanjang karier beraksi dalam Liga Australia. Dylan telah menjaringkan 20 gol dan enam 'assist' untuk 103 penampilan.

2. Jorge Obregon

Tiga penampilan, dua jaringan gol bersama JDT dalam Liga Super.

Itulah rekod Jorge Obregon bersama JDT walaupun baru menyertai pasukan itu pada Ogos lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Harimau Selatan daripada kelab Croatia, HNK Rijeka selepas hampir empat tahun bersama kelab itu.

Obregon kini mula menjadi buah mulut pengganti Bergson da Silva selepas pemain itu sudah berusia 33 tahun.

3. Ali Olwan

Bintang sensasi Jordan, Ali Olwan kini menjadi tonggak utama Selangor FC selepas Muhammad Faisal Halim masih lagi belum dapat mengembalikan prestasinya sebelum ini.

Tonggak utama Jordan itu, sudah menjaringkan satu gol dalam dua penampilan Liga Super.

Jaringan Olwan itu pula dinobatkan sebagai gol tercantik dalam Liga Super pada September lalu ketika aksi menentang Kuching City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram