KUALA Lumpur (KL) City FC meraih tiga mata berharga dalam aksi bertemu Penang FC saingan Liga Super 2024 pada Ahad.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan The City Boys mencatat kemenangan selesa 4-2 menerusi jaringan kapten KL City FC, Paulo Josue dan Jovan Motika yang masing-masing mencetak satu gol serta dua gol diledak oleh penyerang muda Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli.
Begitu pun, dua jaringan Harimau Kumbang berjaya disumbat oleh pemain pertahanan, Muhammad Adib Abdul Ra'op yang dan Rodrigo Dias.
BACA LAGI: 'Berjaya tewaskan Shanghai bermakna JDT sedia jadi pencabar', Jordi Amat waspada 'set piece', ketinggian lawan
BACA LAGI: [VIDEO] Kukuhkan benteng Gergasi Merah, Nidzam Jamil yakin Niko Jambor boleh beri 'real fight'
Syamer (kiri) berharap agar Penang FC dapat meraih kemenangan berdepan Sri Pahang di laman sendiri.
Susulan kekalahan itu, pemain tengah Penang, Syamer Kutty Abba, tekad mahu menjadikan pertemuan berdepan Sri Pahang dalam saingan minggu ke-12 Liga Super sebagai lubuk kemenangan di laman sendiri pada 20 Oktober nanti.
Syamer berkata, jaringan awal seawal minit ketiga yang dihasilkan Adib Ra'op itu menjadi punca kelalaian dia bersama pasukannya sekali gus dihukum dengan empat jaringan selesa skuad The City Boys.
'Kita semestinya kecewa selepas 11 perlawanan dan hanya meraih dua kemenangan. Itu perkara yang bukan untuk dibanggakan.
"Hal ini kerana, bukan sekali dua keadaan kami terleka dan itu membuatkan kami perlu membayar harga yang mahal apabila tewas.
"Jika saya jadi penyokong pasti saya akan bertanya 'apa masalah' kerana ini adalah hak mereka sebagai penyokong untuk diberikan kemenangan.
"Tetapi selepas kekalahan ini, ia adalah perkara yang mengecewakan." katanya kepada Nadi Arena. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram