JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akan memulakan cabaran dalam aksi kedua bertemu Shanghai Shenhua bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.
Berbekalkan keputusan seri 2-2 yang berjaya diraih ketika bertemu Shanghai Port pada 18 September lalu, pastinya ia akan menjadi suntikan semangat buat anak-anak buah Hector Bidoglio untuk menghadapi satu lagi wakil dari China.
Dalam pada itu, ketua pasukan Harimau Selatan, Jordi Amat mengakui bahawa aksi tersebut dijangka sukar namun pada masa sama dia masih menaruh harapan kepada rakan-rakannya untuk memberi cabaran.
BACA LAGI: 'Apa lagi alasan nak bagi?', fans cadang bubarkan Harimau Kumbang sebagai solusi terakhir
BACA LAGI: VAR negara di landasan terbaik standard FIFA, bakal latih 3 pengadil wanita — FAM
Meskipun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, Jordi Amat (kiri) waspada bola mati Shanghai Shenhua.
"Nampak sukar tapi kami tahu apa yang perlu dilakukan, sekiranya berjaya meraih tiga mata penuh, keputusan itu menunjukkan JDT semakin baik dan bersedia menjadi pencabar untuk bersaing dengan mana-mana pasukan.
“Kita sedar kelebihan Shanghai Port terletak kepada situasi bola mata kerana mereka mempunyai pemain yang memiliki kelebihan fizikal.
"Tapi, kami tidak akan memberi mereka peluang untuk menembusi pintu gawang kami, kami akan memberi tekanan kepada mereka dengan taktikal yang akan dilakukan oleh jurulatih," kata bek tengah Harimau Selatan itu.
Sementara itu, pengendali JDT, Hector Bidoglio menaruh harapan tinggi kepada anak-anak buahnya untuk meraih keputusan positif di hadapan penyokong sendiri.
“Kami mempunyai kelebihan kerana bermain di laman sendiri, jadi saya harap setiap pemain akan bekerja keras untuk menjadi kesebelasan utama dan kami menyasarkan tiga mata penuh,” kata Bidoglio. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram