BEKAS pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan membawa semula Cristiano Ronaldo daripada Juventus pada 2021 adalah keputusan yang salah.
Solskjaer mengakui keputusan dilakukan United itu adalah untuk menghalang pemain berusia 39 tahun tersebut daripada menyertai Manchester City.
The Red Devils berjaya mengembalikan kapten Portugal ke Old Trafford selepas perpindahannya ke Real Madrid yang bernilai £80 juta (RM 441 juta) pada 2009.
BACA LAGI: 'Tackle kasar' diganti sentuhan, ragbi rimau minimal kecederaan, sesuai dimainkan murid sekolah
Ronaldo menikmati musim pertamanya dengan luar biasa sekembalinya ke Liga Perdana Inggeris dengan 24 jaringan dalam 18 perlawanan bersama United.
Namun nasib Ronaldo berubah daripada menjadi tonggak utama pasukan kepada pemain bangku simpanan selepas Erik ten Hag menggantikan Solskjaer pada musim berikutnya.
Bekas bintang Real Madrid yang memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali kemudiannya menerima kritikan hebat daripada penyokong selepas meninggalkan Old Trafford lebih awal ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada Oktober 2022.
Ketika khabar angin mengatakan Ronaldo mungkin meninggalkan United lebih awal, dia muncul dalam satu temu bual bersama Piers Morgan pada November 2022.
Dalam temu bual itu Ronaldo mengatakan bahawa rasa dikhianati oleh kelab sambil berkata, dia tidak rasa hormat pada Ten Hag.
Solskjaer ketika bercakap kepada Oslo Business Forum, mengakui ada rasa takut Ronaldo mampu menjaringkan lebih banyak gol daripada Erling Haaland jikalau pemain itu berhijrah ke Etihad.
Namun begitu, jurulatih kelahiran Norway itu mengakui kehadiran Ronaldo mengubah suasana dalam bilik persalinan dengan ada pemain merasakan diri mereka tidak penting.
Solskjaer berkata: "Cristiano Ronaldo antara pemain terbaik dunia dalam 15 tahun terakhir. Saya pernah beramin bersamanya ketika di United.
"Dia mempunyai sejarah dengan kelab dan meninggalkan Juventus, kami tidak boleh membiarkannya pergi ke City kerana mungkin dia akan menjaringkan lebih banyak gol daripada Erling Haaland ketika ini.
"Jadi saya bercakap dengan Cristiano, kami membawanya semula ke Man United, tetapi saya rasa mungkin itu mempengaruhi keseluruhan bilik persalinan, dinamik dalam pasukan.
"Mungkin pemain lain merasa kurang penting kerana ada seorang bintang dunia yang datang.
"Dia beraksi dengan baik, dia adalah penjaring terbanyak tahun itu. Menjaringkan 24 gol atau lebih tetapu saya hilang kerja 10 minggu kemudian."
Solskjaer akhirnya dipecat pada November 2021 dan digantikkan oleh Ralf Rangnick sebelum Ten Hag mengambil alih musim berikutnya.
Sementara itu, Ronaldo bersetuju untuk meninggalkan United dengan persetujuan bersama di pertengahan musim keduanya selepas beberapa minggu wawancara kontroversinya bersama Piers Morgan.
Sebulan kemudian, Ronaldi menandatangi kontrak bernilai £175 juta (RM965 juta) setahun bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr sekali gus memberikan impak kemasukkan pemain ternama di liga negara itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram