SEORANG lelaki mempersoalkan kontraktor rumah yang baharu dibelinya selepas suis lampu tidak tersedia dalam bilik kediamannya itu.
Menerusi perkongsian video Abang Karen dalam Facebook cukup terkejut apabila pemaju hanya memberikan 'point' kipas sahaja.
Manakala 'point' untuk lampu tidak disediakan oleh pemaju dan ini menimbulkan persoalan oleh individu tersebut.
BACA LAGI: Tentera Israel dakwa Ketua Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di Beirut
BACA LAGI: GISBH tak pernah bayar zakat — LZS
"Sekarang memang macam ini ke? Kalau kita beli rumah, dalam satu bilik ada satu 'point' sahaja.
"Satu 'point' untuk kipas sahaja, korang hanya pasang kipas lampu tak perlu pasang, saya nak tanya sekarang memang macam ini ke?" soal individu itu.
Malah kes seperti ini bukan sahaja berlaku kepada Abang Karen, malah pengguna Facebook lain turut berkongsi pengalaman buruk bersama pemaju yang tidak melalukan kerja dengan baik.
"Banyak apartment, kondominium yang baharu siap tapi banyak keretakan, bahaya untuk di duduki.
"Macam mana pihak bomba boleh luluskan? Biasanya bila dah siap bomba akan periksa bangunan itu selamat untuk dihuni atau tidak," kata Zack Donny.
"Banyak rumah pemaju macam ini, asal ada pembeli, dari sudut yang lain terbuka sedikit rezeki 'wireman-wireman' luar sana buat kerja penambahan," ujar Mohamad Faredzuan.
"Sebenarnya itu 'point' lampu, normal itu tapi sebab konsultant nak nampak bijak diorang 'propose' letak 'hook' kipas.
"Jadilah 'multipurpose point', lampu boleh, kipas pun boleh," jelas Fadli Pina. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram