PERLAWANAN antara Gombak FC dan Putrajaya Athletic FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank dicemari dengan insiden pergaduhan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Selasa itu menyaksikan PT Athletic FC terpaksa akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh Gombak apabila tewas 0-1 menerusi jaringan Nazrul Kamarulzaman pada minit 84.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Gombak FC kini berada di tangga ketujuh dengan 19 mata, manakala PT Athletic terus kekal di tangga kedua liga selepas memungut 29 mata.
BACA LAGI: Anak jati Kedah hampir pasti tinggalkan Pantai Timur, kembali ke pangkal jalan
Susulan kekalahan tersebut, tular di media sosial apabila salah seorang pemain PT Athletic FC dilihat berang dengan tindakan penyokong yang hadir di venue tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di laman X itu, kelihatan pemain pertahanan PT Athletic FC, Latiff Suhaimi antara yang dikesan tidak berpuas hati dengan penyokong yang berada di tempat duduk penonton.
Turut kelihatan kedua-dua pasukan sempat bertikam lidah dengan penonton yang hadir ketika itu.
Meninjau ruangan komen, difahamkan pergaduhan tersebut tercetus apabila pemain PT Athletic FC membuat rembatan kencang ke arah tempat duduk penonton dengan sengaja.
Berang dengan tindakan itu, penyokong difahamkan mula mencabar pasukan PT Athletic FC dengan mengeluarkan kata-kata mencabar sehingga tercetusnya sedikit ketegangan usai perlawanan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram