Dianggap mudah, ramai persoal pemilihan India jadi 'sparring partner' HM


  • Podium
  • Khamis, 26 Sep 2024

Malaysia akan berdepan sekali lagi cabaran India pada November ini selepas kali terakhir bertemu dalam saingan Pestabola Merdeka 2023.

HARIMAU Malaya bakal bertemu semula dengan India dalam aksi persahabatan yang akan diadakan pada November kelak.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengesahkan skuad kendalian Pau Marti tersebut akan ke India untuk bertemu negara Asia Selatan itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan 19 November.

Namun begitu, venue dan waktu sepak mula perlawanan akan dimaklumkan selepas dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).

BACA LAGI: Anak jati Kedah hampir pasti tinggalkan Pantai Timur, kembali ke pangkal jalan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya bangga dengan Feroz dan Ramadhan,' tonggak kelab amatur cari motivasi daripada duo JDT demi kembali ke Liga Super

Pestabola Merdeka

India tewas 2-4 dalam saingan Pestabola Merdeka 2023.

Pertemuan tersebut dilihat memberi ruang kepada India untuk membalas dendam kekalahan 2-4 kepada Harimau Malaya sewaktu bertemu di separuh akhir Pestabola Merdeka 2023.

Bagaimanapun, pemilihan India sebagai 'sparring partner' itu mendapat reaksi negatif daripada 'pemain ke-12' Harimau Malaya yang menganggap pasukan itu sebagai lawan yang mudah.

"India lagi..ermmm banyak lagi negara lain, FAM nak jimat duitlah itu," kata Shukrie Ac.

"Saya kira lawan Jepun, kalau lawan Jepun baru panas tempat duduk stadium," kata Ong Umbit.

"Lawan India pula, tak nak lawan Laos ke, Haiti ke, sekarang kan sudah hampir semua pemain naturalisasi," kata Faize Faize.

Sebagai rekod, Malaysia menduduki ranking ke-132 dunia, sementara India di kekedukan ke-126.

Selain bertemu India, Harimau Malaya akan bermain satu perlawanan saja pada bulan hadapan apabila mereka berdepan New Zealand di Auckland pada 14 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram