Pecahkan rekod 10 tahun bantu atlet UiTM raih perak acara kayak muncul olahragawati SUKIPT


  • Podium
  • Rabu, 18 Sep 2024

Siti Nurqasrina (kiri) dengan pingat perak yang diraihnya dalam acara perlumbaan kayak di SUKIPT 2024. — Facebook/SUKIPT

PENGANJURAN Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) merupakan satu langkah berfaedah daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengasah bakat atlet muda.

Ini kerana mereka berpeluang menguji kebolehan masing-masing ketika bertemu peserta daripada universiti lain dalam negara yang pasti memiliki keupayaan tersendiri.

Sekiranya dapat dibentuk dengan baik, tidak mustahil bagi mereka berentap di peringkat lebih tinggi, apatah lagi mewakili negara dalam temasya sukan peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: Kilauan pingat emas jadi impian Rosita Lua cipta kenangan manis dalam SUKIPT terakhir

BACA LAGI: SUKIPT: UPSI sasar 6 pingat emas olahraga, letakkan UPM pencabar utama

460068003_834090465606752_1579907822001708442_n

UiTM berada di kedudukan teratas temasya sukan berkenaan. Facebook/SUKIPT

Dalam edisi kali ini, atlet dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilihat sebagai seorang lagi produk terbaik daripada SUKIPT setelah dia meraih status olahragawati tahunan.

Pemenang pingat perak dalam acara kayak, Siti Nurqasrina Syahzanani Mustapha mencatatkan kejayaan peribadi dengan mencipta rekod tersendiri pada karnival sukan berkenaan.

Meskipun tidak meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Perlis itu, kejayaan mencipta rekod baharu sudah cukup untuk memberikannya gelaran tersebut.

Berdasarkan perkongsian di laman Instagram SUKIPT, dia beraksi cemerlang dalam acara kayak (TKI Wanita 200 meter) dengan catatan masa 57.29 saat pada peringkat kelayakan.

Pencapaian itu sekali gus memadam rekod terdahulu yang dipegang atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dari Johor, Nur Amirah Anisah Abdul Kadir dalam acara yang diadakan 10 tahun lalu.

459568221_833253292357136_4956218780465440794_n

Siti Nurqasrina dinobatkan sebagai Olahragawati dalam SUKIPT kali ini. Facebook/SUKIPT

Bagaimanapun, dalam perlumbaan akhir, Siti Nurqasrina hanya berada di belakang Nur Syahirah Fuad dari Politeknik Malaysia yang meraih pingat emas sementara gangsa dibawa pulang Sapira Lagin dari Universiti Malaysia Sarawak.

Kecemerlangan berkenaan berserta pingat perak dibawa pulang menyaksikannya membawa pulang Anugerah Olahragawati yang pasti akan dapat menaikkan lagi namanya dalam sukan akuatik negara.

Dalam saingan SUKIPT 2024 yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, UiTM berada di kedudukan teratas dalam carta kutipan pingat dengan 38 emas, 20 perak dan 39 gangsa direkodkan.

Antara sukan lain yang turut diungguli IPTA itu ialah sofbol (lelaki) dan pingpong beregu lelaki dengan kesemua sumbangan berkenaan membawa UiTM ke tangga teratas.

Mereka diikuti juara keseluruhan dalam edisi terdahulu, Universiti Putra Malaysia dengan 78 pingat sementara Politeknik Malaysia berada di kedudukan ketiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram