Rakan import baharu JDT, 'ex player' KL City antara 3 pemain Palestin wajib diintai kelab Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Barisan kesebelasan utama Palestin ketika menentang Jordan pada Selasa lalu. — FAM

PERSATUAN Bola Sepak Palestin (PFA) memilih Malaysia sebagai tuan rumah untuk aksi kedua Kumpulan B, Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas PFA mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.

Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipilih sebagai venue dan sudah pun melangsungkan perlawanan pertamanya antara Palestin dan Jordan pada Selasa lalu.

BACA LAGI: 'Siapa yang setuju?', penyokong Terengganu FC berang tak guna peluang balas dendam Selangor

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tengok jawline macam Rizal Ghazali', pemain jersi nombor 3 buat penyokong Selangor berteka-teki

Dengan Palestin memilih Malaysia sebagai tuan rumah, ini merupakan peluang untuk kelab-kelab Liga Super menarik minat pemain dari negara ranking ke-96 dunia itu.

Memandangan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia sudah dibuka, ia peluang yang besar buat kelab Liga Super mendapatkan pemain berkualiti dari Palestin.

Majoriti senaraikan tiga pemain Palestin berstatus 'free agent' wajar jadi tumpuan kelab-kelab Liga Super yang mahu memperbaiki pasukan untuk baki saingan liga mahupun persediaan awal musim depan:

1. Yaser Mohammed Hamed

Pemain pertahanan Palestin, Yaser Mohammed Hamed tidak asing lagi dengan khabar angin bola sepak Malaysia.

Ini kerana Yaser Hamed sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum Harimau Selatan membawa masuk tujuh pemain baharu.

Pemain berusia 26 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas meninggalkan kelab Mesir, Zamalek SC kerana kurang mendapat tempat.

Yaser mempunyai pengalaman luas beraksi di Liga Sepanyol dan beberapa buah negara rantau Asia Barat.

Atta Jaber

Ataa beraksi untuk Palestin ketika ditewaskan Jordan di Stadium Kuala Lumpur pada Selasa lalu. — FAM

2. Ataa Jaber

Bekas pemain muda Israel, Ataa Jaber yang kini mengetuai jentera tengah Palestin turut bergelar ejen bebas.

Ataa Jaber yang memilih untuk mewakili Palestin selepas banyak menghabiskan masa di Liga Israel boleh memberikan sesuatu di bahagian tengah pasukan.

Pernah beraksi bersama pemain import baharu JDT, Eddy Israfilov boleh menarik perhatian Ataa untuk kekal di bumi Malaysia.

Pemain berusia 29 tahun itu yang beraksi di posisi tengah telah merekodkan 250 penampilan dan 20 jaringan serta 19 'assist' sepanjang kariernya.

3. Jonathan Eduardo Cantillana

Bekas pemain import Liga Indonesia, Jonathan Eduardo Cantillana pastinya cukup dikenali dalam kalangan penyokong-penyokong negara jiran.

Ini kerana Cantillana beraksi di negara itu sejak 2019 sebelum memilih untuk menyertai kelab Libya, Al-Shomooa SC pada awal tahun ini.

Namun adakah anda tahu? Cantillana pernah beraksi dalam Liga Super bersama Kuala Lumpur City FC pada musim 2016.

Ketika bersama KL City, Cantillana merekodkan musim yang baik apabila menjaringkan tujuh gol dalam 12 penampilannya di Liga Perdana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram