STL 2024: ‘Comeback’ epik Negeri Sembilan Antlers muncul juara Kumpulan C, Johor Tigris kempunan ke suku akhir


  • Podium
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Aksi perlawanan STL 2024 antara Johor Tigris menentang PDRM Defenders di Stadium Melawati Shah Alam pada Khamis. — STL

NEGERI Sembilan Antlers meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan PDRM Defenders dalam aksi rubber set 15-12, 7-15, 8-15, Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat (13 September).

PDRM Defenders terlebih dahulu melakar kemenangan dengan aksi serangan yang kemas untuk menang 15-12 ke atas Negeri Sembilan yang serba tidak menjadi percaturan daripada aspek pertahanan dalam tempoh 13 minit.

Begitupun, selepas kemasukan trio utama Negeri Sembilan dengan Haziq Hairul Nizam (Tekong), mereka kembali mendapatkan rentak untuk mengheret PDRM ke pusingan penentuan.

BACA LAGI: STL 2024: Terengganu Turtles bangkit tewaskan KPT-Masum Knights, KL Thunder terus dominasi Kumpulan A

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tengok jawline macam Rizal Ghazali', pemain jersi nombor 3 buat penyokong Selangor berteka-teki

Rentak kemenangan itu diteruskan dengan percaturan yang baik menerusi aksi Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam) untuk muncul juara Kumpulan C dengan mencatatkan kemenangan 15-8 menewaskan PDRM Defenders dalam tempoh 44 minit secara keseluruhannya.

Manakala, hasrat Johor Tigris untuk melangkah ke peringkat suku akhir tertutup apabila tewas di tangan PDRM Defenders pada Khamis (12 September).

PDRM menghadiahkan kekalahan kedua kepada wakil dari selatan itu menerusi kemenangan straight set Johor yang turun dengan matlamat mencari kemenangan pertama selepas tumbang di tangan Negeri Sembilan Antlers 0-2 pada Rabu, sementara PDRM turun buat julung kalinya dalam pusingan pertama ini.

PDRM dibarisi trio Siwatbancha Seekhwa selaku tekong, Shahalril Aiman Halim sebagai perejam serta Shahalril Aimin Halim selaku apit kiri tampak positif apabila mereka berjaya menawan set awal 15-11.

Johor yang mempertaruhkan tekong muda dari Thailand, Chayaphon Chanakon, Firdhaus Omar dan Farhan Adam sebagai 'feeder' berusaha mempamerkan kebangkitan, namun usaha mereka itu belum memadai yang menyaksikan kemenangan 17-14 memihak PDRM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram