Perasaan kerdil Piala Dunia cukup mendewasakan, skuad footgolf kebangsaan kini sedia tawan Asia


  • Podium
  • Rabu, 11 Sep 2024

Skuad Malaysia ketika Piala Dunia Footgolf di Amerika Syarikat pada 2023. — Instagram/Footgolf

KIRA-KIRA dua minggu lagi sebelum pasukan Malaysia bakal membawa maruah tanah air dalam Kejohanan Footgolf Piala Asia yang diadakan di The Els Club Desaru, Johor pada 23 hingga 27 September ini.

Skuad footgolf kebangsaan yang akan mengikuti dua kategori iaitu acara berpasukan dan perseorangan itu akan menerima tentangan dari Jepun, China, Chinese Taipei, Korea Selatan dan Australia.

Berbekalkan pengalaman beraksi di Kejohanan Footgolf Piala Dunia 2023 dekat Orlando, Amerika Syarikat, wakil tanah air itu optimis akan mampu mencipta satu lagi sejarah dalam sukan tanah air dengan menjadi juara Asia pada September ini.

BACA LAGI: Muncul Top 8 dunia, skuad footgolf kebangsaan buru gelaran Piala Asia di Johor

BACA LAGI: 'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super

Salah seorang tonggak skuad footgolf kebangsaan, Hanif Miswan mengakui rasa berdebar ketika melakukan sepakan pertamanya ketika Piala Dunia 2023 meskipun sebelumnya sudah melakukan rutin latihan.

"Bila dah jadi pemain baru tahu perasaan. Semasa hari pertama kelayakan, skor akan dibawa ke pusingan kumpulan. Nak sepak pertama kali pun dah mengigil. Tapi bila lihat ada bendera Malaysia dari 40 bendera yang ada. Terus kena rasa besar, jangan rasa kerdil.

"Sebelum ini hanya mengulas dan temubual pemain tapi bila dah menyarung jersi Malaysia, baru sedar tanggungjawab dan bawa nama Malaysia memang berat. Kena cepat menyesuaikan diri," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-09-10 at 20.34.09

Hanif akan mewakili Malaysia Kejohanan Footgolf Piala Asia. — Instagram/Footgolf

Hanif yang juga merupakan seorang pengacara ternama tanah air bakal bersaing dalam kategori persendirian dan berkumpulan dengan cabaran tersendiri bakal dihadapi tonggak kebangsaan itu.

Ini kerana dia bersama rakan sepasukannya akan akan berdepan pencabar dari empat negara lain dengan Jepun dan Australia disifatkan sebagai pencabar utama yang juga cukup berpengalaman dalam sukan footgolf.

Namun, mereka beruntung kerana mempunyai sentuhan legenda bola sepak Selangor, Shahril Arsat yang juga yakin dengan saingan kali ini dengan bekas pemain kebangsaan itu akan bermain untuk pasukan senior.

"Target saya memang nak jadi juara itu. Malaysia nak ke Piala Dunia memang sukar, jadi bila saya berpeluang akan buat terbaik walaupun sukan kerdil. Tapi bila saya tergolong dengan pemain terbaik dunia. Ia satu kebanggaan.

"Saya nombor satu Asia semasa itu (Piala Dunia). Pertama kali saya nak sertai footgolf, saya tak percaya tapi saya sentiasa memotivasikan diri," kongsi Shahril yang mula meminati sukan footgolf pada 2019.

Pertandingan yang diadakan di Johor itu menyaksikan sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki, senior lelaki dan wanita. Ia turut dipecahkan kepada acara individu dan berpasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram