SEPASANG kekasih ditangkap berkhalwat dalam tandas sebuah masjid di Desa Bendoharjo, Kacamatan Gabus, Kabupaten Grobongan, Jawa Tengah, Indonesia.
Kejadian itu disedari penduduk kampung selepas perlakuan pasangan tersebut dilihat mencurigakan.
Ketika serbuan dilakukan, pemuda berbaju hitam dan berseluar pendek itu terlebih dahulu keluar dengan raut wajah cemas dan diikuti kekasihnya yang cuba melarikan diri.
Namun, percubaan meloloskan diri itu digagalkan oleh beberapa individu yang sudah bersedia mengepung mereka di luar tandas tersebut.
Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan warganet sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Gabus, AKP Sunarto mengesahkan bahawa kedua pasangan tersebut berusia di bawah 13 tahun.
“Kedua remaja itu datang ke masjid dengan menaiki motosikal jenis Honda Vario berwarna hitam.
“Penduduk kampung mula mengesyaki perbuatan remaja terbabit apabila mereka meletakkan kenderaan di hadapan masjid sebelum melakukan hubungan intim di dalam tandas.
“Kedua ibu bapa mereka turut hadir di balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Hasil perjumpaan itu, kedua keluarga pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk menikahkan kedua remaja terbabit apabila tiba masanya.
Di ruangan komen, warganet turut mengecam perbuatan pelajar tersebut.
“Macam mana pelajar sekolah rendah boleh terfikir untuk berbuat sedemikian, saya sewaktu umur mereka hanya tahu bermain bola dan berhibur sahaja,” kata ctlovvrr.
“Kanak-kanak sekarang mungkin ramai yang melakukan perbuatan terkutuk seperti itu, tetapi sedarlah bahawa ALLAH sentiasa memerhati daripada atas,” jelas bieeamoy.
“Sudah tertangkap masih cuba untuk melarikan diri, semasa berseronok langsung tidak fikirkan akibatnya, pelajar sekolah zaman sekarang memang memalukan,” tambah boyandri.co.
Kes itu diserahkan kepada Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polis Grobogan untuk siasatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram