HARIMAU MALAYA membuka tirai kejohanan Pestabola Merdeka berdepan negara ranking ke-147, Filipina yang dibarisi ramai pemain-pemain berpengalaman beraksi di Eropah.
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur tidak meriah seperti edisi tahun lalu selepas penyokong memilih untuk memboikot anjuran kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Meskipun tanpa ramai penyokong, keadaan itu tidak mematahkan semangat untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Filipina, sekali gus mara ke final yang akan berlangsung pada Ahad ini untuk bertemu Lebanon yang menewaskan juara bertahan, Tajikistan.
Namun dalam suasana suram Harimau Malaya itu, terdapat perkara menarik selepas Pau Marti mengendalikan perlawanan pertamanya bersama skuad kebangsaan.
BACA LAGI: 'CEO kelab lokal boleh apply', Reduan cadang Selangor dan JDT boleh cuba jaga 'national team'
BACA LAGI: Macam Kobe Jae Chong, Selangor hantar ejen 'follow' rapat perkembangan Mats Deijl
Penampilan pertama Pau Marti itu sudah diukur menguji kebijaksanaannya dalam memaksimumkan kelebihan yang ada pada bintang Buriram United, Dion Cools bersama Harimau Malaya.
Perlawanan bertemu Filipinia, tiada perubahan posisi dilakukan kerana semasa di bawah kendalian Kim Pan-gon, Cools turut beraksi di posisi pertahanan tengah.
Untuk info, musim ini bersama Buriram United, Cools tidak pernah diturunkan di posisi pertahanan apabila dia banyak beraksi di bahagian sayap kanan pasukan.
Cools (tengah) ketika menjalani latihan bersama Harimau Malaya.
Dalam lima penampilan, Cools bersama Buriram musim ini dia telah menjaringkan satu gol serta satu 'assist' dengan beraksi sebagai pemain sayap kanan.
Jikalau dilihat dari statistik Cools sepanjang kariernya, ia bukan lagi perkara asing buat pemain berketinggian 1.85 meter itu untuk beraksi sebagai pemain sayap kerana pernah tampil dalam 56 penampilan di posisi itu.
Sejak dari Belgium sehinggalah ke Thailand, Cools pernah beraksi di posisi sayap dengan kesemua pasukan diwakilinya dan telah merekodkan enam jaringan serta tujuh 'assist'.
Jikalau Pau Marti bijak menggunakan kelebihan yang ada pada Cools, ini akan memberikan kelebihan buat Harimau Malaya ketika membina serangan dan bertahan di kawasan sendiri.
Selepas lima perlawanan sebagai pemain sayap bersama Buriram United, adakah Pau Marti akan cuba menggunakan Cools di bahagian sayap dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan pada Ahad nanti.
Pemain berusia 28 tahun itu sudah membuktikan kualitinya di Liga Thailand apabila mampu beraksi di posisi sayap sekali gus membantu Buriram United berada di tangga pertama Thai League 1 ketika ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram