BINTANG Liverpool, Luis Diaz merayu kepada Mohamed Salah dalam usaha untuk meyakinkannya supaya kekal di Anfield.
Salah dianggap seorang daripada pemain terbaik Liverpool dalam era moden, menjaringkan 214 gol dalam 352 penampilan bersama kelab itu - terbaharu hadir ketika menentang musuh tradisi Manchester United hujung minggu lalu.
Namun penyerang itu mencuri tumpuan selepas perlawanan itu apabila dia mendedahkan musim semasa mungkin terakhir buatnya di kelab itu, menjelaskan kontraknya akan berakhir tidak lama lagi dan dia belum membuat sebarang rundingan mengenai perjanjian baharu.
BACA LAGI: [VIDEO] Sejak awal musim bukan 'centre back', adakah Pau Marti bijak guna Dion Cools?
BACA LAGI: 'CEO kelab lokal boleh apply', Reduan cadang Selangor dan JDT boleh cuba jaga 'national team'
Diaz sendiri menyumbat dua gol dalam perlawanan itu, dengan kedua-dua jaringan selepas menerima umpanan daripada pemain Mesir itu.
Kini berada dalam tugasan antarabangsa bersama Colombia, Diaz membuka mulut mengenai apa rasanya jika kehilangan Salah, yang boleh meninggalkan kelab itu secara percuma pada musim panas akan datang jika dia tidak menandatangani kontrak baharu.
"Ia pasti sukar buat kami," kata Diaz kepada Telemundo. "Ia pasti sukar buat Liverpool.
"Ia akan melukakan kami. Dia masih ada setahun untuk memikirkan mengenainya, ia tidak mudah. Dia sering memberikan kami yang terbaik.
"Dia melakukannya sejak hari pertama. Pasti sukar untuk kehilangan seorang tonggak utama sepertinya. Ia keputusannya sendiri dan kami menghormatinya, tetapi saya harap dia tidak pergi."
Salah memberitahu Sky Sports di Old Trafford pada Ahad lalu: "Saya hadir pada perlawanan ini dan berkata, "lihat, ia mungkin kali terakhir (di Old Trafford)".
"Tiada siapa dari kelab bercakap dengan saya mengenai kontrak. Ia bukannya keputusan saya, terpulang kepada kelab tetapi kita akan lihat.
"Seperti yang anda tahu, ia tahun terakhir saya di kelab ini. Saya hanya mahu menikmatinya. Saya tidak mahu memikirkan mengenainya (kontrak). Saya fikir saya bebas bermain bola sepak dan kita akan lihat apa yang akan berlaku tahun depan." — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram