JDT berbelanja lagi, media Sepanyol dedah Syihan bakal dicabar bekas GK Real Sociedad


  • Podium
  • Selasa, 03 Sep 2024

Zubiaurre (kiri) yang kini dikatakan sedang berada dalam radar JDT dijangka akan mencabar kedudukan Syihan selaku penjaga gol nombor satu JDT. — Agensi

KELAB elit bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan kewangan yang stabil mampu meyakinkan banyak bintang bola sepak luar negara untuk bermain bersama mereka di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Setakat ini Harimau Selatan sudah membawa masuk enam pemain baharu iaitu Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Enzo Lombardo, Jorge Obregon dan penjaga gol muda, Christian Abad.

Meskipun sudah merekrut enam pemain baharu bagi memperbaiki setiap posisi namun Harimau Selatan dikhabarkan masih mahu berbelanja lebih dengan membawa masuk seorang lagi import di posisi penjaga gol.

BACA LAGI: Kurang hangat diperkatakan, 3 perpindahan tak cukup saga termasuk bintang muda JDT

BACA LAGI: Budak baik’ Australia sah milik Harimau Kumbang, berat dan tinggi persis legenda kelab zaman 90-an

Menerusi laporan dari wartawan Sepanyol, Carlos Galiana melaporkan bahawa Andoni Zubiaurre dalam persiapan untuk perpindahan ke negeri berpangkalan di Selatan tanah air.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan graduan dari kelab La Liga terkenal, Real Sociedad dengan Zubiaurre berkhidmat dari 2015 sehingga musim lepas bersama pasukan tersebut.

Selain membaktikan dirinya kepada kelab yang mencungkil bakatnya itu, penjaga gol berketinggian 1.89 meter berkenaan juga beraksi bersama pasukan seperti Cyd Leonesa, CD Mirandes dan Eldense.

SSSS

Tangkap layar ciapan dari Carlos Galiana.

Meskipun tidak pernah beraksi di peringkat La Liga namun tempoh Zubiaurre beraksi di peringkat divisyen kedua Sepanyol sedikit sebanyak membantunya beraksi dengan lebih baik bersama pasukan baharu.

Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, persaingan di bahagian penjaga gol semakin sengit dengan kini Harimau Selatan memiliki Farizal Marlias, Izham Tarmizi, Christian Abad dan Syihan Hazmi.

Zubiaurre mungkin hadir sebagai penjaga kedua Harimau Selatan namun jika prestasi pemain itu memberangsangkan, pasti Hector Bidoglio sebagai jurulatih akan memberinya peluang untuk merebut posisi Syihan selaku penjaga gol nombor satu JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram