Paralimpik: Liek Hou dalam landasan terbaik pertahan emas, Fareez ada masa depan — Legenda badminton kebangsaan


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Sandaran pingat pastinya terletak di bahu dua wakil para negara dalam sukan badminton.

DUA wakil perseorangan para negara, Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar dijangka bakal menambah koleksi pingat buat kontinjen negara di temasya Sukan Paralimpik 2024.

Meskipun bakal menghadiahkan dua pingat yang berbeza namun ia pastinya mampu mengembirakan rakyat Malaysia.

Jaguh badminton para negara, Liek Hou mara ke final selepas menang mudah ke atas pemain Indonesia, Dheva Antrimusthi 21-17,21-17 pada aksi di Arena Porte de La Chapelle, Paris.

BACA LAGI: ‘Budak baik’ Australia sah milik Harimau Kumbang, berat dan tinggi persis legenda kelab zaman 90-an

BACA LAGI: Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'

WhatsApp Image 2024-09-02 at 19.50.34

Muhammad Fareez (jersi biru) gagal melangkah ke final apabila tewas kepada Suryo Nughoro.

Berbeza pula dengan Muhammad Fareez yang terpaksa akur untuk beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat apabila tewas kepada pemain Indonesia, Suryo Nughoro, 12-21,21-14,6-21.

Dalam pada itu, kedua-dua atlet para negara berkenaan akan membuat perhitungan dengan merebut pingat masing-masing dalam perlawanan yang akan berlangsung pada Isnin.

Mengulas mengenai prestasi atlet para negara itu, bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim, berpendapat Liek Hou berpeluang untuk mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

"Saya rasa Cheah Liek Hou boleh mengekalkan pingat emas yang dia perolehi pada Olimpik Tokyo 2020 memandangkan prestasi dia sekarang dalam keadaan yang baik.

"Pendapat saya, saya yakin dia boleh mempertahankan pingat emas yang dia menang sebelum ini," katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, bercakap mengenai prestasi cemerlang yang ditampikan oleh satu lagi wakil para negara, Muhammad Fareez, Roslin berpendapat, ia merupakan pencapaian yang cemerlang ditampilkan oleh atlet berusia 28 tahun itu.

WhatsApp Image 2024-09-02 at 19.51.07

Cheah Liek Hou berjaya mara ke final selepas menewaskan Dheva Antrimusthi.

"Pandangan saya, persembahan yang ditampilkan oleh Fareez Anuar adalah satu prestasi yang amat membanggakan. Itu satu pencapaian yang baik untuk dirinya dan juga Malaysia apabila berjaya mara ke semifinal.

"Mungkin ramai yang fokus kepada Leik Hou namun kesungguhan Fareez sehingga mampu sampai ke peringkat separuh akhir adalah satu pencapaian yang membanggakan.

"Kalau kita tengok pemain yang akan Fareez lawan nanti memang sengitlah, sebelum ini Fareez sudah tewaskan dia di peringkat kumpulan, walaupun menang tapi saingan memang akan sengit.

"Kedua-dua pemain ini memiliki ketahanan corak permainan yang agresif, cuma bagi saya, bila sudah sampai peringkat pingat gangsa ini, ia adalah persediaan masing-masing.

"Bila dah sampai tahap macam ni, kedua-dua pemain dah tahu masing-masing punya permainan cuma mungkin berbeza dari segi percaturan, macam mana coach mereka untuk memberi kata-kata dan tunjuk ajar, game plan yang macam mana mereka akan lakukan nanti," katanya.

Dengan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Muhammad Fareez itu, Roslin yakin bahawa pingat gangsa akan menjadi milik Malaysia.

"Kalau tengok prestasi dia sekarang ada peluang tapi tengok dari segi condition dia, adakah dia sudah recovery? Kalau kita tengok dari peringkat kumpulan dan seterusnya, Fareez ni sudah berhempas-pulas untuk menang.

"Kalau lihat dari segi prestasi, ada kelebihan untuk Fareez, cumanya adakah dia dah cukup recovery untuk turun bermain dalam merebut pingat gangsa.

"Adakah sudah cukup untuk dia berikan persembahan yang baik di semifinal ini? Tapi saya yakin dia boleh dapat pingat gangsa," ujarnya.

Liek Hou akan bertemu Suryo di pentas final, manakala Muhammad Fareez akan berdepan cabaran Dheva. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram