Perbincangan tak sentuh peranan jurulatih HM, ejen nafi Park Hang-seo 'minta kerja' dengan FAM


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Park Hang-seo (kanan) dalam kemenangan 2-1 Vietnam ke atas Malaysia pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 di UAE, pada Jun 2021. — Agensi

KEM Harimau Malaya digemparkan dengan berita kurang menyenangkan apabila dilaporkan bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menafikan berminat untuk membimbing skuad kebangsaan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh ejennya, Lee Dong-jun yang bercakap bagi pihak Hang-seo.

Menurut ejennya, pihak mereka menyangkal laporan yang mengaitkan jurulatih berusia 66 tahun itu dengan skuad kebangsaan Malaysia malah turut menafikan ada menawarkan diri mengendalikan Harimau Malaya.

BACA LAGI: Terbuka untuk rundingan lanjut, ejen Park Hang-seo dedah mahu jumpa FAM

BACA LAGI: Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'

Park

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menafikan berminat untuk membimbing Malaysia.

"Tidak benar sama sekali Hang-seo menawarkan diri selaku jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, khabar angin ini hanya menjejaskan reputasi Hang Seo.

"Walaupun saya sentiasa berhubung dengan presiden-presiden persatuan bola sepak termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, perbincangan kami tidak pernah menyentuh peranan jurulatih di Malaysia,” ujar Dong-jun kepada VnExpress.

Tambah Dong-jun, sekiranya Malaysia benar-benar berminat mendapatkan Hang Seo, tawaran rasmi mesti dibuat.

"FAM mesti memanjangkan tawaran itu kepada saya sebelum perbincangan diadakan bersama Hang-seo untuk pertimbangannya," ujarnya.

Ketika membimbing Vietnam, Hang Seo berjaya melonjakkan negara itu dalam kalangan 100 terbaik dunia.

Pasukan senior Vietnam juga melakar sejarah buat kali pertama mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram