Terbuka untuk rundingan lanjut, ejen Park Hang-seo dedah mahu jumpa FAM


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Jawatan Pan-gon kini digalas Pau Marti (kiri), sementara bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo juga disahkan berada dalam radar FAM.

HARIMAU Malaya bakal dibimbing oleh Park Hang-seo?. Begitulah khabar angin yang kini hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini, penyokong bola sepak tanah air digemparkan dengan kenyataan dikongsikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin mengenai salah seorang jurulatih dari Korea Selatan iaitu Park Hang-seo berada dalam senarai badan induk itu.

Difahamkan, Hang-seo yang juga merupakan bekas Ketua Jurulatih Vietnam turut berada dalam radar untuk memimpin skuad Harimau Malaya.

BACA LAGI: Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jarang rider Malaysia tak perform ketika hujan macam Peskau’, kemenangan Hakim Danish di Aragon dianggap hadiah sempena merdeka

WhatsApp Image 2024-09-02 at 12.04.04

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan berdepan Filipina pada separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. — Facebook/FAM

Dalam pada itu, kekecewaan penyokong dengan kehilangan Kim Pan-gon yang meletak jawatan baru-baru ini pastinya dapat diubati kerana dilaporkan ejen kepada Hang-seo bersedia melakukan rundingan dengan FAM.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhemi Zainal Azam di laman X yang mendedahkan bahawa Hang-seo semakin hampir untuk mengemudi skuad kebangsaan.

Ejen kepada jurulatih tersebut iaitu Lee Dong-jun memaklumkan bahawa dia bersedia untuk berunding dengan FAM sekiranya khidmat pengendali berpengalaman itu diperlukan.

"Ejen Park Hang-seo sudah melakukan perbualan dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin), terbuka untuk rundingan lanjut namun belum ada tawaran rasmi setakat ini," katanya di X.

Ketika ini, jawatan Harimau Malaya kini disandang oleh pemangku jurulatih, Pau Marti Vicente sehingga akhir 2024 sebelum pengendali baharu dilantik.

Hang-seo kini menjadi penasihat bagi kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh sejak awal tahun 2024 setelah rundingan untuk menjadi pengendali India dan Kemboja terhenti di tengah jalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram