PEMAIN tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos tetap berada dalam keadaan terbaik walaupun baru saja turun padang bersama kelab baharunya di Liga Vietnam, Ho Chi Minh City.
Prestasi pemain 29 tahun itu berada pada tahap optimum selepas dia mencetak dua gol pada aksi persahabatan berdepan Quy Nhon Binh Dinh dan menganggap aksi itu sebagai pemanasan badan sebelum bertemu Filipina pda Rabu.
Meskipun pemain kelahiran Brazil itu mendedahkan tidak mempunyai banyak peluang untuk bermain dengan Harimau Selatan sebelum terbang ke Vietnam namun ia bukan penghalang baginya untuk tampil cemerlang dalam Kejohanan Pestabola Merdeka 2024.
BACA LAGI: Perbincangan tak sentuh peranan jurulatih HM, ejen nafi Park Hang-seo 'minta kerja' dengan FAM
BACA LAGI: Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'
Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan berdepan Filipina pada separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. — Facebook/FAM
Menariknya, Dos Santos diberi kepercayaan oleh pengendalinya, Phung Thanh Phuong untuk menggalas tugas sebagai kapten.
“Ketiadaan masa perlawanan kompetitif tidak akan memberi kesan kepada cara saya bermain. Saya mempunyai beberapa minit permainan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.
"Pada saya, standard dalam Liga Vietnam cukup tinggi dan ia boleh dilihat walaupun semasa pramusim.
“Malah ketika saya berada di JDT, intensiti latihan cukup bagus. Jadi saya tidak risau. Jika diberi peluang oleh jurulatih Pau Marti Vicente, saya akan melakukan tugas dengan baik," kata Dos Santos.
Dos Santos, yang tiba di kem berpusat sejak 28 Ogos, percaya skuad kebangsaan mampu menjulang kejuaraan.
“Kami mempunyai jurulatih baharu tetapi saya percaya dia mempunyai idea yang sama dengan jurulatih kami sebelum ini, Kim Pan-gon.
"Saya pernah bekerja dengan Pau untuk seketika dan saya yakin boleh berkerjasama dengan jurulatih dengan baik.
“Mentaliti kami adalah untuk sentiasa menang, jadi kami mahu menewaskan Filipina untuk memastikan kami mempunyai peluang untuk merebut kejuaraan.
“Kami mempunyai pemain utama lain seperti Darren Lok dan Syafiq Ahmad, jadi kami mampu melakukan tugas dengan baik.
“Tetapi kami juga berharap peminat akan datang ke stadium untuk menyokong kami. Kehadiran penyokong yang ramai akan memberi kami suntikan semangat untuk bekerja lebih keras," katanya. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram