KEM Penang FC menerima khabar baik apabila 'budak baik' Australia sah menjadi milik pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu.
Beraksi bersama Central Coast Mariners, Dylan Wenzel-Halls kini menjadi bintang import baharu Harimau Kumbang di bahagian serangan.
Berita baik itu dikongsikan oleh kelab Penang Football Club di laman Facebook pada Isnin.
BACA LAGI: Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'
BACA LAGI: Tiada perlawanan kompetitif bersama JDT tidak memberi kesan — Endrick dos Santos
"Selamat datang, memperkenalkan pemain baharu pasukan Penang FC musim 2024/2025, Dylan Wenzel-Halls dari Australia kini Harimau Kumbang.
"Dengan ketinggian 170 meter dan berat 70 kilogram, Dylan dikenali dengan kelajuan dan naluri tajam di padang. Lahir pada 15 Disember 1997, dia brsedia untuk memberi impak besar bersama pasukan Harimau Kumbang," katanya di Facebook.
Dengan kemasukan penyerang import baharu tersebut, ada juga penyokong yang menyamakan Wenzel dengan bekas bintang import Penang FC, Marshall Soper.
Berdasarkan maklumat, struktur fizikal kedua-dua mereka tidak terlalu jauh bezanya apabila memiliki ketinggian 1.73 meter dan berat mencecah 70 kilogram.
Untuk rekod, Dylan pernah mencipta nama bersama kelab-kelab utama seperti Brisbane Roar, Western United dan Central Coast Mariners dalam Liga Australia.
Pengalaman luasnya dalam Liga utama Australia mengasah kebolehannya untuk menjaringkan gol sekali gus menjadikan dia sebagai aset penting untuk pasukan Harimau Kumbang bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.
Dalam pada itu, pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini mempunyai ramai pilihan pemain di bahagian serangan antaranya Nabil Ahmad Latpi, Alif Ikmalrizal Anuar dan Rodrigo Dias. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram