Bercuti atau tinggalkan Pahang selamanya? Kehadiran striker Tok Gajah di Eropah timbul tanya


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Sesi latihan pemain Tok Gajah untuk persediaan menghadapi PDRM FC dalam saingan Liga Super 2024. — Instagram/sripahangfc

NAMA penyerang Sri Pahang FC, Mykola Ahapov tiba-tiba mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila dikesan kini berada di Eropah.

Pastinya situasi tersebut mengundang kebimbangan dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah memandangkan dia merupakan individu penting dalam pasukan.

Apatah lagi, jendela perpindahan kedua liga musim ini sudahpun membuka tirainya pada 26 Ogos.

BACA LAGI: Clean sheet berdepan Nepal, ketangkasan keeper Sabah bukti layak jadi GK kebangsaan

BACA LAGI: Dua wakil negara, pemenang emas Olimpik antara 78 peserta berentap Kejohanan Golf Maybank 2024

WhatsApp Image 2024-08-29 at 15.53.15

Tangkap layar Instastory Ahapov.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram miliknya, penyerang kelahiran Ukraine itu dilihat berada di salah satu tempat percutian di Lathi, Finland.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Ahapov bersama anaknya berada di tepi tasik di sebuah taman.

Berikutan hantaran tersebut, ramai penyokong Sri Pahang mula meluahkan kebimbangan sekiranya penyerang import Tok Gajah itu mengambil keputusan untuk angkat kaki.

"Dah balik Malaysia ke tu, jangan pula tak balik nanti, liga masih ada ni" kata Mohd Yazi.

"Alamak, semoga Ahapov ingat jalan balik ke Malaysia," kata Zul Amrie.

"Balik terus ke negara dia ke tu?," kata Dzulkarnain Dzulkarnain.

Bagaimanapun, ada juga penyokong yang berasakan Ahapov memanfaatkan tempoh rehat saingan Liga Super 2024 sepenuhnya untuk bercuti bersama ahli keluarganya.

"Dia tengah cuti tu, jangan fikir bukan-bukan pula," kata Ijat Rahmat.

"Macam tengah bercuti tu, lama lagi game Sri Pahang," kata Mohd Yazid.

Beraksi bersama Tok Gajah, penyerang berketinggian 1.84 meter itu diturunkan sebanyak tujuh perlawanan dan mencetak satu jaringan ketika berdepan Penang FC saingan Piala FA 2024 dalam penentuan sepakan penalti pusingan 16.

Sri Pahang akan berdepan PDRM FC pada perlawanan ke-10 Liga Super 2024 pada 13 September di Stadium Temerloh, Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram