LAZIMNYA selepas tamat karier bermain, pemain bola sepak biasanya akan terus kekal dalam kancah tersebut dengan menyertai pelbagai jawatan.
Ada pemain yang terus terlibat secara langsung dalam mana-mana pasukan seperti menjadi jurulatih atau pengurus.
Malah, tidak kurang juga ada yang menjadi penganalisis di televisyen atau ejen pemain.
BACA LAGI: Bercuti atau tinggalkan Pahang selamanya? Kehadiran striker Tok Gajah di Eropah timbul tanya
Namun, tahukah anda, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) memiliki beberapa pemain yang kini bergelar sebagai ejen.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kini bergelar ejen bola sepak.
Marcos Antonio.
1. Marcos Antonio
Sebut sahaja nama Marcos Antonio, sudah pasti penyokong Harimau Selatan mengenali individu tersebut.
Marcos yang menyertai JDT pada musim 2014 mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan selepas empat tahun menabur bakti.
Dia yang merupakan bekas pemain beberapa kelab Eropah seperti PAOK, Rapid Bucuresti dan FC Nurnberg menjadi individu paling berjaya dalam sejarah JDT.
Sepanjang kariernya di JDT, Marcos menjadi pemimpin di dalam padang terutama di barisan pertahanan dan mengecapi pelbagai kejayaan manis termasuk menjuarai Piala AFC pada 2015.
Begitupun, Marcos kini sudahpun membuka syarikat agensi khas yang diberi nama MR Sport Management untuk mencari pemain bola sepak berbakat terutamanya di Brazil.
Diogo pastinya sentiasa menjadi pemain kesayangan penyokong Harimau Selatan.
2. Diogo Luis Santo
Selepas menamatkan karier berwarna-warni sebagai pemain, Diogo Luis Santo memilih untuk mencuba angin baharu dalam dunia bola sepak.
Dia yang merupakan salah seorang ikon Harimau Selatan kini berkhidmat sebagai ejen.
Diogo banyak menghabiskan waktu di Thailand dan pernah membawa masuk pemain dari Brazil untuk beraksi bersama satu lagi bekas kelabnya iaitu Buriram United.
Ketika bersama JDT, bekas pemain berusia 37 tahun itu membuat 51 penampilan dan menyumbang 25 gol selain 17 bantuan gol dalam dua tempoh beraksi bersama kelab dari Selatan tanah air itu.
Diogo yang turut dianggap sebagai bintang kesayangan penyokong Buriram ternyata membalas budi terhadap kelab itu apabila membawa masuk dua pemain baharu.
Ejen tersebut membawa Chrigor Moraes dan Matheus Vargas yang kedua-duanya dari Brazil sebagai teraju utama barisan pemain import Buriram.
Kiko Insa (tengah) pernah bermain untuk Bangkok Glass.
3. Kiko Insa
Pada jendela perpindahan lalu, nama Kiko Insa yang merupakan adik kepada bintang JDT, Natxo Insa menjadi bahan bualan kerana terlibat dalam saga perpindahan Nooa Laine.
Meskipun ada yang sedikit pelik dengan pendekatannya, ada pula yang terkejut apabila melihat bekas pemain Pahang itu kini bergelar seorang ejen bola sepak.
Dia yang kali terakhir beraksi secara profesional pada 2020 tidak menunggu lama untuk menceburi bidang baharu dengan pilihan itu jelas membawa episod berbeza dalam kariernya.
Malah, berdasarkan perkongsian di Instagram peribadinya, agensi yang dikenali sebagai Insa Project Global Group cukup dikenali, lebih-lebih lagi sekitar Asia Tenggara.
Antara pasukan yang terlibat secara dekat dengan bekas pemain Liga Super itu adalah JDT sendiri dengan pemain seperti Francisco Geraldes dan Murilo Henrqiue merupakan sebahagian pemain berada di bawah pantauannya.
Kiko Insa dikenali sebagai ejen yang sering membawa pemain import kepada kelab Liga Malaysia dan antaranya ialah Jordi Amat (Johor Darul Takzim), Liridon Krasniqi (bekas pemain Terengganu FC), Mario Arques (bekas import TRW) dan Levy Madinda (bekas Negeri Sembilan FC). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram